Monday 30 April 2012

AGAR AGAR TELUR BERSELASIH

 

Bahan-bahan:

10 gm serbuk agar-agar
1500 ml air
250 gm gula
2 biji telur - dipukul manja (sapa2 yang tak suka telur bleh kurangkan ye. 1 biji pun dah cukup)
1 sk esen vanila
1 sb biji selasih - direndam sehingga kembang
pewarna merah secukupnya

Cara-cara:
  1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula sehingga menggelegak.
  2. Masukkan pewarna merah
  3. Campurkan esen vanila ke dalam telur yang dipukul.
  4. perlahankan api dan masukkan campuran telur tersebut ke dalam larutan agar-agar tadi - sambil kacau
  5. Matikan api dan campurkan biji selasih yang telah kembang - kacau
  6. Masukkan ke dalam acuan yang disukai
  7. Sejukkan


 

 Agar-agar ni CW buat semalam. kebetulan ada kawan lama yang nak datang rumah.. tapi last2 dia tak jadi datang. so masuk mulut tuan rumah lerrr.... =D
selebihnya bagi kat jiran belakang rumah.

ok. selamat mencuba!


Saturday 28 April 2012

PUTERI AYU

malas betul nak meng update 2 3 hari ni...kuih ni pun dah lama buat. cuma duk terperap dalam draft...

alhamdulillah, 2 hari bertungkus lumus mengemas rumah dan dapur. akhirnya settle jugak...harap2 lepas ni makin rajin untuk memasak =) 

sementara tak sibuk ni boleh la bertapa kat dapur..masak itu ini kan..


puteri ayu ni first time.....kurang kemas kan... =(
kelapa parut tu tunggang langgang lagi...takpe la, next time nak buat cantik2..kemas2..
tapi rasa dan teksturnya.. not bad la.lembut....gebussss gitu!

teruja tengok puteri ayu kat blog CMG dan blog Kak CT

Untuk resepi boleh ke blog Kak Yatie. yang ni lagi cun. colorful!! =)
 
 
 

Wednesday 25 April 2012

WRAPS, TORTILLA, TWISTER


Sempat grab 1 paket kat Giant tadi...wraps ni jenama MISSION. Last week, dah try guna wraps tu..tapi tak sempat nak snap gambar..berebut2 dengan anak2 saudara...Inti dia, CW main campak2 je.. guna nugget ayam tempura goreng+mayonis+sos+timun batang+salad..pastu gulung dengan wraps..buat ala2 twister kfc  gitu! kat belakang packaging tu pun ada cadangan hidangan..

anak2 sdara cikwan esp si Arif, suka sangat la dengan twister....selalu CW buat guna tortilla....apa yang CW boleh komen, lebih kurang je rasa dia..cuma beza dari segi harga.. dalam RM2..yang brand Mission ni  lebih kurang RM6.

Sedap! Best!

Bodek ler tu..kan Arif kan...hihihi..


Sape yang berminat bolehla cari kat kedai @ dekat Giant ye! =)




Monday 23 April 2012

BAKWAN SAYUR

 

dah lama CW buat bakwan ni. Bakwan ni makanan/ resepi orang Indonesia. rasa dia alat2 cekodok @ jemput2 sayur gitu. sangat sedap!

baru publish gambar ni coz tetiba teringat kan bibik yang dah berangkat balik ke Qatar bersama kakak dan anak2 semalam. Bibik kakak CW, memang suka & pandai masak..macam2 dia buat. paling CW suka tempe goreng sambal bilis, tempe celup tepung, karipap kentang, puteri ayu, kuih cireng, pizza! =)
Bibik memang superb lah!  

untuk info resepi:




Saturday 21 April 2012

TIRAMISU II

 

Ni kali kedua buat tiramisu. baru je masuk peti...kasi chill dulu...then baru bleh makan...
tak sabar! =) 
 kali pertama buat dulu guna resepi Chef RIZ, boleh tengok kat sini ye
 -----------> TIRAMISU.
senang aje buat tiramisu ni..bahan2 pun senang nak dapat, stok lady finger memang dah lama CW beli... cuma tang melapis tu cerewet skit..
maklumlah yang membuat ni,..memanglah cerewet, tak suka comot2... nggeeeee..
paham2 la bila main ngan cheese2 ni.... melekit2 kalau kena tangan.

 

kali kedua ni CW guna resepi lain plak. boleh rujuk MyResepi (Kak Umi_E)

masuk bekas siap2 sebab nak bagi kat kakak CW..senangkan!

=)




Friday 20 April 2012

SIAKAP STIM @ SIAKAP KUKUS

Sumber Resepi: Kak DjDayang Jack

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) - optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) - optional
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris)
Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang. 
  • Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  • Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit. 
  • Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  • Setelah masak, taburkan hirisan daun sup. 
  • Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

RESTORAN SELERA CIK SITI KOTA BHARU

chicken chop + creamy black paper sauce + garlic bread + fries+salad


jom2..kalau ke Kota Bharu, sila la cuba ye! sedap....sos dia tu memang terbaik lah. tip top. CW suke sangat. kebetulan tadi makan time perut betul lapar. licin 1 pinggan..hehehe

nak tau lebih detail...boleh baca kat sini, sini & sini.

=)

Wednesday 18 April 2012

KETUPAT SOTONG ll



alhamdulillah, selepas seminggu mengidam..akhirnya dapat gak menikmati ketupat sotong ni...seronok balik kampung..macam2 boleh makan.

CW agak sibuk sekarang ni,,.anak2 sdara yang duk Qatar balik.ayah CW plak kurang sihat...next week plak exam untuk last paper semester ni.. lepas tu merdeka..hoorey2...then lepas tu boleh la fokus pada kerja hakiki & kerja di dapur. =)


APAM ANGRY BIRD & LADY BIRD

si burung marah..disebabkan kan takde kaler merah...
 warna pink pun ok kan.. =)

 
2 ekor burung - lady bird and angry bird

Peace! 

knapa tu Zaim tu...macam dah tak sabar2 je tu...

haa...dan ini dia pendeko burung-burung di atas ye!


dengan penuh teliti dan bersungguh sungguh tu.......

malam2 buta, excited sangat dia bila CW tunjuk gambar2 apam2 angry bird kat internet.

terus ajak buat... layan kan aje...

Syahmi2.. 



untuk resepi boleh rujuk kat sini atau kat sini ye!

Tuesday 17 April 2012

PIZZA AGAIN


kali ni buat pizza main campak2 je apa yang ada..yang penting boleh makan.. =)

 
gambar ni kasi besar2 skit! nampak jelas kan apa bahan2 tu..

1 slice dah hilang, ke mana agaknye hilang tu ye???







masuk perut CW la...

Boleh tengok resepi kat sini ye PIZZA

=)

Sunday 15 April 2012

DAPUR TAK BERASAP HARI NI!!


gas habis! terbantut nak buat itu ini... so,dapurcikwan tak berasap la ye!
tambahan ada yang mengidam nasi kukus hari ni...layan je la..

alhamdulillah. kenyang sudah 

 =)





 

Saturday 14 April 2012

APAM INDON

 

Sumber Idea & Resepi: Kak Azlita, Kak Yatie & PCMG



CW adjust skit resepi ni, ingatkan tak jadi...tapi alhamdulillah...elok je kejadiannya...
jom minum petang!

=)

BENDI @ LADY FINGER


Ni rupa bendi yang CW masak semalam, BGST dan APIT.

Panjang tak???Ajaib betul kejadian Tuhan kan...pelik kan..pertama kali dalam hidup CW jumpa dan tengok bendi yang panjang macam ni...biasanya panjang bendi lebih kurang 1 jengkal je..tapi yang ni plak lebih kurang satu hasta..

Bendi kat atas ni pemberian jiran CW. orang kata kalau hasil tanaman kita tu menjadi, tangan kita sejuk kan??jiran CW ni memang suka menanam, tanam terunglah, lada lah, kubis, kacang, tomato...haa...paling menakjubkan bendi ni lah..

atau korang dah biasa tengok bendi yang saiz macam ni???

selamat dimasak dah bendi2 tu semalam...alhamdulillah.
harini bangun pagi rasa macam bertambah tinggi 1 inci. hahahahah...tipu je!






Friday 13 April 2012

BENDI GORENG SOS TIRAM


Bendi kat atas ni pelik skit...update esok la ye...tungguuuuu!!!

Bahan-bahan:

bendi (tip: dipotong serong sebelum masukkan dalam kuali)
3 ulas bawang putih - dimayang
1/2 labu bawang besar - dimayang
1 tangkai cili merah
2 sb sos tiram
2 sb kicap
sedikit air
gula dan garam secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak
  2. tumiskan bawang putih dan cili merah
  3. masukkan sos tiram dan kicap
  4. tambahkan sedikit air
  5. masukkan bendi dan perasakan dengan gula dan garam
  6. gorengkan sehingga hampir masak, masukkan bawang besar 
  7. bila bawang besar dan layu dan bendi pun dan masak, bolehlah matikan api.

ASAM PEDAS IKAN TILAPIA

 


versi asam pedas kuning.. =)
lada merah hijau memang tak berani nak masuk periuk banyak2... hahaha..sebenarnya,
tak bleh makan pedas2 ni....buasir! silap makan..tanggung la akibat. 


Bahan-bahan:

1 ekor ikan tilapia dibersihkan dan dipotong empat bahagian
5 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1 senduk cili mesin
1 sk serbuk kunyit
1 ikat daun kesum*
2 batang bunga kantan
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 keping asam keping
gula dan garam secukupnya
minyak untuk menumis
air secukupnya 
bendi jika suka.
semua yang ber*ditumbuk

Cara-cara:
  1. tumiskan semua bahan yang ditumbuk, cili mesin, serbuk kunyit sehingga naik bau.
  2. masukkan air, daun kesum, bunga kantan, asam keping dan bendi.
  3. bila dah menggelegak, masukkan ikan.perasakan dengan gula dan garam.
  4. perlahan kan api biar kuah sedikit kering.
  5. hidangkan

Thursday 12 April 2012

FRESH MANGO PUDDING


simpan dalam peti biar betul2 sejuk.. then bleh la ngappppp.
yummy!! 
=)



Sumber Resepi: Thaifood




Tuesday 3 April 2012

Monday 2 April 2012

THE "HEALTHIEST" CAKE (STRAWBERRY CHEESE CAKE II)


STRAWBERRY CHEESE CAKE II
Second attempt in making non baked cheesecake. Was way easier and quicker than baking.
RECIPE: STRAWBERRY CHEESE CAKE

One for me and one for U!

CHESSY BAKED MACARONI


Resepi ni versi campak2..hasil dari mood memasak yang datang tiba2.. bukak peti ais, tengok apa yang ada. dan hasilnya.. yummy! dear housemate, shiela.. thanks! =)


Bahan-bahan & Cara-cara:

Makaroni
300 gram pasta makaroni
2 sudu makan minyak
air secukupnya

Cara:
1. rebus makaroni kedalam air yang mendidih. 
2. tambahkan minyak, rebus hingga empuk
3. bila dah empuk, toskan dan alirkan dengan air 

Tumisan
1/2 batang lobak merah - disagat
5 ulas bawang putih - dicincang
1 keping isi ayam - dicincang
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan minyak
gula dan garam secukup rasa

Cara:
1. tumiskan bawang putih
2. masukkan isi ayam, lobak merah dan rempah.
3. perasakan dengan garam dan gula
4. goreng hingga masak

Sos
250 ml whipping cream/fresh milk
2 keping slice cheese
2 suku makan tepung gandum
2 biji telur - dipukul manja
1 ikat daun sup - dihiris halus
1 biji cili besar - dihiris halus

Cara:
1. campurkan whipping cream, slice cheese, telur dan gandum
2. panaskan di atas api perlahan - sambil kacau.
3. bila dah masak/betul-betul pekat, bolehlah matikan api
3. masukkan daun sup dan cili besar.
4. kacau sebati

untuk bakar: 
campurkan kesemua bahan, makaroni, tumisan dan sos ke dalam mangkuk dan kacau sebati. kemudian masukkan kedalam acuan pembakar/casserol yang dah disapukan dengan sedikit mentega. bakar pada suhu 175 C selama 30-35 minit. Makan panas-panas bersama sos =)



lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...