Thursday 31 May 2012

PANDAN LAYER CAKE


ni kali ke 2 buat kek ni. kali pertama buat sebab dapat order daripada seorang adik di FB. terima ksh sebab percaya pada CW dan berani order apa yang CW tak pernah cuba..hehehe. masa 1st time buat tu tak dapat nak rasa. nampak macam sedap.. tu yang ulang buat. Alhamdulillah, 1 family adik tu suka kek yang CW buat..suke3 ;))

terima kasih juga kepada CMG sebab share resepi yang best ni. CW memang ikut bulat2 resepi CMG. u all bleh tengok kat sini ye.


murah betul rezeki CW seminggu dua ni. ada je yang order..apam polkadot. kek dan kuih-muih. alhamdulillah.. ;)) tu pun ada yang terpaksa CW tolak sebab nak fokus pada kerja lain...buat masa sekarang CW ambik order just untuk suka2 bukan untuk berbisnes sakan..lagi pun CW masih belajar..tak expert lagi..huhuhu.



psttt..tangan CW injured..sedeh sebab tak bleh nak memasak macam biasa..nak update pun malas ni....... =(



 

Tuesday 29 May 2012

DOUBLE SAUCE LASAGNA

 

dah lama nak buat lasagna ni...tapi sebelum ni tak terbuat, petang semalam belek2 kotak masa kemas dapur terjumpa kotak instant lasagna tu..dah lama rupanya beli....terus je terfikir nak buat..mula2 nak buat kek, last terbuat lasagna.. hihihi..tapi malam semalam terbuat jugak sebiji kek ;)) tunggu next post ye..

Kenapa double sauce?? sebenarnya CW suka sangat ultimate sauce yang selalu cikwan buat untuk pizza....tapi memandangkan kuantiti cheese yang tinggal ciput2 je...terpaksala CW ubah suai dengan bahan2 yang ada..hehehe....aci??  heheh..tu la menyebabkan terjadinya 2 sauce.

satu lagi CW buat guna spaghetti sauce. senang kan??dan siap dalam botol tu..cuma tambahkan apa yang kita nak...apa yang kita suka. ;)) ok...selamat mencuba.

Bahan-bahan & Cara-cara;

5 keping instant lasagna - rendam dalam air sementara siapkan sauce.

Untuk Ultimate Sauce/Cheese Sauce

2 keping slice cheese
5 sb tepung gandum
450 ml susu segar
1 ikat daun sup - hiris halus
4 batang sosej - potong bulat
garam secukupnya

Cara-cara:

masukkan kesemua bahan di dalam periuk, masak di atas api sederhana. sentiasa kacau bagi mengelakkan ia berketul. tutup api apabila ia masak atau agak pekat.

Untuk Spaghetti sauce/tomato sos

175 g spaghetti sauce (CW guna jenama kimball)
4 batang sosej - potong bulat
1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 cawan air
2 sb sos cili
minyak untuk menumis
garam secukupnya

Cara-cara:

tumiskan bawang besar dan bawang putih. masukkan sos spaghetti dan sos cili dan kacau. tambahkan air, sosej dan perasakan dengan garam. tutup api apabila ia masak atau agak pekat.

Cara melapis dan bakar 

bila dah siap semua sos. bolehlah toskan kepingan lasagna tu. ambik 1 slice dan letakkan di dalam bekas. (CW guna pyrex yang disapu dengan sedikit mentega). lepastu letakkan cheese sauce secukupnya. bajet2 la..ikut berapa layer kita nak buat. then, letakkan 1 slice lasagna lagi. letakkan spaghetti sauce. ulang sampai habis. bakar pada suhu 180 selama 20-30 minit.


 TARAAAA.....dah siap..1 mangkuk ni makan berdua je dengan housemate..balance bawak pegi ofis ;))
 

dan ni tinggal satu slice untuk pengunjung blog CW. selamat menjamu selera...
 

Sunday 27 May 2012

APAM PANDAN


Salam & salam sejahtera kepada semua pengunjung blog CW. mohon maaf kerana belum sempat untuk berbalas kunjungan..ada yang CW dah lawat, tapi tak sempat  nak tinggalkan komen... Sibuk sangat2 jumaat sabtu lepas. hihihi..biasala kalau balik kampung..mana sempat nak mengadap lappy 24jam.. hari jumaat tu keluar shopping dengan kakak dan abang kat Kota Bharu. keluar jam 8 pagi..sampai rumah 10 malam. KB Mall, Tesco, Bazar Tok Guru, Pasar Siti Khadijah..Parkson..Bazar Buluh Kubu.Pasar Wakaf Bharu...semua kami redah... :)) 

Letih nak berceloteh banyak2...cubala resepi apam mudah ni ye. Resepi spontan daripada Ummi CW ni...

Bahan-bahan:

2 cawan gandum
1 cawan gula kastor
3 biji telur
3 sk baking powder
1 sk ovalet
2 sb susu cair
3/4 cawan air + 4 helai daun pandan
sedikit esen pandan (kalau tak suka tak payah letak ye..bau dia kuat sangat)
secubitgaram
pewarna hijau 

Cara-cara;
  1. Panaskan air di dalam kukusan. balut tudung kukusan dengan kain.
  2. campur kesemua bahan kecuali pewarna hijau dan pukul sehingga sebati dan gebu
  3. bahagikan kepada 2 bahagian. 
  4. warnakan 1 bahagian dengan pewarna hijau.
  5. masukkan ke dalam acuan secara berselang seli sehingga habis.
  6. kukus selama 30-35 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. 

Friday 25 May 2012

BIHUN GORENG, PESANAN KPD WANITA & GADIS

 

Menu berbuka 2 hari lepas. masa tu memang takde mood nak memasak. nasi2 ni rasa macam dah muak..hari2 makan nasi..so back to simple & easy. main campak2 je apa yang ada. 

Mood masa tu ntah ke mana menghilang di sebabkan satu peristiwa yang membuatkan CW trauma skejap. CW prt screen daripada FB CW ye.

*klik pada gambar untuk tumbesaran*

Lepas pada tu baru terfikir..."aku bukak cermin tu...kalau lah dia tu nak simbah asid ke....hadoii..." (nauzubillah)

So, kepada semua...wanita dan gadis2 tolong ye.tolong sangat2..hati2..terutamanya bila kita berseorangan..orang jahat ada di mana2. Yang penting selamatkan diri dulu.....



Thursday 24 May 2012

Super Moist Caremeled Banana Muffin


Salam..dan salam sejahtera semua kepada semua pengunjung blog CW yang tak seberapa ni...ni entry auto post ye..masa post ni keluar may b CW tgh drive on the way balik kampung....CW coootiii hari ni ye....start harini sampai ahad ni ada berapa ntah undangan perkahwinan.. (nak cakap yang banyaknya undangan sampai tak ingat berapa)..hehehe..musim kahwin dah bermula. undangan sana sini..biasa la kan cuti sekolah... :))

dah tenung, tilik gambar kat atas tu?oh bagus!hehehe..nama muffin seperti nama di atas ye...sedap tu...sila cuba ye..rugi kalau tak cuba..tengok nama dah sedap tu..sampai nak menyebut pun kena pelan2 okeh..
 
ni kali kedua CW mencuba..cuba dan terus mencuba ye..hehe..yang ni hasilnya lagi cantik..lagi menarik daripada yang buat haritu... boleh tengok kat sini ye..Super Moist Caremeled Banana Muffin. boleh nampak kan perbezaan??

resepi ni memang tip top! moist dan sangat2 lembut...macam biasa, CW kalau bab muffin selalu ikut cara  Kak Izah, kepada kak FnF dan tuan punya resepi ni iaitu Kak Fida. terima kasih ye kak! siapa2 yang nak mencuba boleh juga rujuk kat sini ye.. blog akak FnF. thanks akak!




Cik Pinky say hi to Kak Ogy...Kak Noor..Kak Zila..Kak QH...Kak Sha...Kak Nor SG..Cik Kasih..all bloggers and all readers!!.. 
;)) mwahhh..


Wednesday 23 May 2012

NASI LEMAK BERSAMA KANGKUNG CELUR

 

Nasi lemak ni CW buat bersama-sama housemate yang berpuasa semalam. Sebelum balik kerja, dia dah call mintak buatkan nasi goreng. balik je kerja terus masuk dapur...sambil2 sembang, kupas bawang, tup2 nak tukar menu..nak makan nasi lemak. biasa la orang berpuasa ni..macam2 mengidamkan. =)).so layan aje... tapi puas hati tengok dia makan. dia cakap ape tau??? "Awesome". hehehe....(*_~)

Bahan-Bahan & Cara-cara:

Untuk nasi
3 cawan beras
6 cawan santan cair (CW guna beras siam, tu yang lebihkan santan)
1/2 sk garam 
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit hirisan halia

Cara-cara:
Basuh beras bersih2..masukkan kesemua bahan dan masakkan.

Untuk sambal tumis/bilis
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
1 1/2 senduk cili kering - direbus dan dikisar
1 helai daun pandan
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
sedikit belacan 

minyak untuk menumis

air secukupnya

garam dan gula secukupnya
2 genggam ikan bilis yang dibersihkan dan di goreng garing

Cara-cara:
  1. tumiskan semua bawang, cili kering sehingga naik bau
  2. masukkan sos tomato, sos cili serta sos tiram dan belacan - kacau 
  3. masukkan daun pandan dan sedikit air - kacau lagi. Perasakan dengan garam dan gula
  4. kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing.
  5. kacau sehingga mersa. matikan api
Sampingan 
telur rebus, kangkung celur dan hirisan timun.


Tuesday 22 May 2012

APAM COMEL

 
  
apam comel @ apam polkadot. tempahan daripada seorang kawan. apam ni lembut.. tapi tak puas hati tang surface dia tu, sapa tau macam mana nak bagi smooth ye??yang CW buat ni ada lubang2 halus..tengok jauh tak perasan. nampak comel je.. tapi bila tengok dekat nampak sangat2..

tang warna pun tak puas hati, masa adunkan warna tu elok je terangnya...tapi bila dah lepas kukus... pudar je..pucat ala2 tak bermaya gitewwww...


apam comel yang pernah cikwan cuba...boleh tengok kat sini dan kat sini jugak.



Bahan-bahan:

2 cawan gandum - ayak
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
3 biji telur (gred C)
3 sudu teh baking powder - ayak bersama tepung
2 sudu teh ovalette
sedikit esen vanilla
filling strawberry atau ape saja perisa yang disukai
pewarna mengikut kesukaan
mangkuk kertas secukupnya.

Cara-cara: 
  1. pukul telur bersama gula dengan kelajuan sederhana
  2. maximumkan kelajuan apabila gula dan telur sebati - pukul sehingga kembang
  3. masukkan ovallet dan esen vanilla
  4. masukkan susu cair - pukul perlahan
  5. masukkan tepung dan baking powder - gaul sebati
  6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (CW bahagi kepada 3, pink hijau dan warna asal adunan)
  7. kemudian titiskan pewarna.
  8. masukkan adunan pink dalam piping beg dan paip kan ke dalam mangkuk kertas (separuh penuh)
  9. paipkan filling strawberry secukupnya.
  10. kemudian paipkan adunan pink tadi sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
  11. paipkan dot hijau ke atasnya.
  12. kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit.

Monday 21 May 2012

APAM PISANG


Apam ni CW buat semalam, nak habiskan stok pisang montel yang dah 2-3 hari CW beli. kalau dibiarkan, membazir je..makan saja pun sedapp....tapi disebabkan mood terlebih rajin tu datang..layan je lah.cantik tak CikPinky menyibuk kat situ??heheh


Bahan-bahan:

4 biji pisang montel

200 g tepung gandum - diayak 
180 g gula halus
120 g mentega - dicairkan

3 biji telur
1 sk soda bikarbonat - diayak

1 sk baking powder - diayak
2 sk ovalette
2 sb susu cair 

secubit garam

Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan (api sederhana)
  2. Putar telur bersama ovalette hingga kembang
  3. Blend pisang bersama gula halus, mentega cair, susu cair dan secubit garam
  4. campurkan adunan 1 & 2.
  5. masukkan tepung gamdum, soda bikarbonat, baking powder dan gaul sehingga sebati
  6. tuangkan ke dalam acuan (CW guna acuan paling kecik)
  7. kukus 10-15 minit atau sehingga masak (balut tudung kukusan dengan kain atau alaskan dengan aluminum foil)
 
  
sedap! makan2 sambil tengok tv.sedar tak sedar..dah habis. (^_*)
selamat mencuba!
 





CIK PINKY

 
 
Selamat pagi semua. terima kasih kerana berkunjung ke sini. dah baca post sebelum ni?? kalau belum boleh tengok kat sini ----> SUPRISE!!
 TERIMA KASIH KAK OGY.. =)
tu la rupa gift dalam kotak tu. cantik tak???
hehehehe.sama tak dengan CW??
ehem..ehem..cuba jeling2 gambar profile picture CW belah kiri tu. pinky winky, ayu2..comel lote tu.... (^ _*)
sama kan??




CikPinky bersama Apam Pisang. =)




Sunday 20 May 2012

SUPRISE!!



suprise daripada Kak Ogy! Terima kasih kak. 
CW suka sangat2! =)) 

apa??apa kat dalam tu?? tunggu.....

Saturday 19 May 2012

JOM BUAT TWISTER ALA KFC


gambar kat atas tu CW snap bulan lepas. masa tu la berangan-angan nak buat sendiri..
 CW kalau pegi KFC, ni la menu yang wajib order selain ayam goreng yang dah selalu sangat makan kat rumah. 

lepas ni buat sendiri je kat rumah. letak sos banyak2, mayonis banyak2. lagi puas hati kan..

Bahan-bahan:

kepingan tortila/wraps (CW gunakan ----> WRAPS,TORTILLA,TWISTER)
 nugget ayam yang telah digoreng
Daun salad - carik-carikan
Zucchini - potong nipis
Tomato ceri - dipotong 4
Sos tomato dan sos cili
Mayonis
Sos salad thousand island

Cara-cara:

1. panaskan kepingan tortilla di atas non stick  pan dengan api perlahan. balik-balikkan. angkat.

2. letakkan daun salad
3. letakkan kepingan zucchini
4. letakkan hirisan nugget
5. letakkan ceri tomato
6. paipkan mayonis
7. paipkan sos


8. gulung dan balutkan dengan baking paper. masukkan ke dalam oven. 
suhu 160 darjah 5 -10 minit. 

psssttt...beria ambik gambar step by step..tapi step gulung dengan yang masuk keluar oven tu tak terambik plak..lepas masuk oven...kuar panas2 je dari oven...terus je masuk mulut... sorry ye....muahahahaha..

tapi, cara gulungan nye simple aje..macam gambar kat bawah ni..

selamat mencuba!


Friday 18 May 2012

AGAR-AGAR SALJU LAICI


hari ni hari cuti kat Terengganu. 
CW tak kerja..so, hari ni adalah hari untuk bermalas-malasan di rumah. =) 
seronoknya kalau hari2 macam ni..
 
OK.layan resepi agar-agar mudah ni dulu ye.

 
Bahan-bahan:

10 gm serbuk agar-agar
1 tin laici  - potong kecil-kecil
1 tin susu cair
1100 ml air (sukatan bersama sirap dalam tin laici)
200 gm gula
1 sk esen vanila

pewarna merah secukupnya

Cara-cara:
  1. Masak serbuk agar-agar bersama air, sirap laici dan gula sehingga menggelegak.
  2. perlahankan api. masukkan susu cair
  3. Campurkan esen vanila..
  4. Matikan api dan campurkan laici yang dipotong kecil.
  5. Masukkan ke dalam acuan yang disukai
  6. Sejukkan

 

resepi mudah, cepat dan sedap.

  

 selamat mencuba ye! 


 

Thursday 17 May 2012

CHILLED MANGO ROSE CHEESE CAKE



Terima kasih kepada semua pengunjung blog CW =)

Kali ni CW nak share hasil daripada keterujaan CW untuk menyiapkan sebiji cheese cake seperti dalam gambar di atas. CW namakan cheese cake ni dengan nama Chilled Mango Rose Cheese Cake sebab nak sesuaikan dengan rupa kek tu.. Tak banyak beza dengan cheese cake yang pernah CW buat sebelum ni. boleh tengok kat sini, sini dan juga kat sini.

Sedikit berbeza pada top layer atau rose layer, yang mana CW susun kepingan mangga segar menjadi kuntuman ala2 rose gituuuu.... =)

Resepi macam biasa, CW masih setia menggunakan resepi daripada Kak Hana..RARE MANGO CHEESE CAKE. terima kasih Kak Hana! =) CW panjangkan resepi Kak Hana kat sini plak ye..

RESEPI RARE MANGO CHEESE CAKE
sumber resepi : hanamemories@blogspot.com 

Bahan-bahan:

Untuk Base
100g biskut merie or etc - hana gune ritz (kali ni CW guna biskut Marrie jenama Munchy..hasilnya sangat crunchy)
50g butter - cairkan (CW guna 80g)
Untuk Cheesecake
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain - tapiskan dgn kitchen towel buang air yogurt (CW just guna 1 cawan yougurt perisa mango beli kat kedai yang harga singgit lebih tu.. 1 tu biasanya seberat 135 g)
90g gula - leh add ( hana buh setengah cawan sukatan metrik 200ml)
15g gelatin + 60ml air panas
sedikit potongan mangga (CW guna 2 biji mango- potong dadu kecil2)
CW tambahkan 1 sk esen mango untuk tambahkan bau harum.

Untuk Topping
1 tin buah mangga -ambil sedikit utk hiasan.baki blend jadikan puree - CW skip
50ml air panas@syrup mangga panaskan + 1sm gelatin - optional (jika tak nak, curahkan puree mangga shj) - CW skip
1sb madu @ syrup gula - optional jika nak tambah manis - CW skip
sedikit potongan mangga - CW gunakan 4 biji mango saiz sederhana
daun pudina utk hiasan - CW skip
1 kotak serbuk mango jelly jenama nona - larutkan. ikut arahan pada kotak

Cara-cara:
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk - (CW blend bersama mentega cair). Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. (CW tambahkan esen mango).  Pukul lagi hingga sebati. ketepikan.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan (jgn biarkan sejuk yer nanti gelatin beku). KAEDAH LAIN : guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut ATAU microvawekan 1min ATAU panaskan atas api dengan api kecil sehingga gelatin larut - hana guna microvawe
  • Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
  • Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kecil.Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Untuk topping - Larutkan gelatin dengan kaedah yang di sebutkan di atas. Campurkan ke dalam mangga puree.Masukkan madu/syrup gula jika nak tambah manis. Kacau sebati dan tuang atas ciskek yang telah sejuk tadi. Taburkan pula dengan potongan mangga dan hiaskan dengan daun pudina jika suka. Jika tak nak buh gelatin, curahkan sajer puree mangga tadi.
  • Untuk siapkan rose layer CW gunakan 4 biji mangga, yang dihiris kurang lebih 3mm setiap 1 slice. agak2 je la ye...lagi nipis lagi cantik sebenarnya..tapi disebabkan mangga tu dah agak2 nak masak ranum, isinya pun dah lembut gebu2 gituuu..so tak bleh nak potong nipis sangat coz tak bleh nak stand sebab tak stabil. susun hirisan mango tu bermula dari tengah. lepas siap susun curahkan jelly.
  • Sejukkan lagi. potong dan hidangkan

hasilnya, 4 jam chilled. selepas buat top layer.

heaven in mouth! =)

Selamat mencuba!

Wednesday 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru CW ucapkan kepada semua guru di Malaysia. Terutamanya kepada Cikgu2 yang pernah mengajar CW di SKB, MRSMYTBesut, CFS PJ, TATIUC dan juga OUM. Terima kasih tak terhingga!!

 harap cikgu2 bersabar kalau dapat student macam ni kan =)

Paling istimewa ditujukan khas kepada ayahanda tersayang....

Ayah CW pernah ajar CW tau, masa tu darjah 5, sampai ke hari ni CW ingat memori di lempar kapur putih...toingg!! tepat kena kat dahi...muahahaha..tak ingat dah apa yang syok sangat duk sembang dengan kawan kat belakang. Ayah duk mengajar kat depan, anak murid merangkap anak sendiri duk pot pet kat belakang..bagus kan??balik mengadu kat mak, pastu mogok tak nak bercakap....

Ayah memang garang dengan anak2..dia jarang bercakap..bercakap pun yang penting2 je.. Memang jauh beza cara dia dengan anak2..garang+tegas.. dengan cucu2 Ayah nampak lemah lembut...penyayang.....CW dulu, balik sekolah je, mandi, makan, pastu buat kerja sekolah..siap kerja sekolah ayah suruh baca sifir, ... takut kat Ayah punya pasal..sifir 1 sampai 12 tu..masa darjah 1..dah cair kat mulut beb...terer tak???muahahaha.. 

pastukan... Ayah akan pastikan anak2 dia membaca setiap hari.....dia akan pastikan surat khabar yang dia beli ada bertanda tick2 dengan pen pada artikel2 tertentu.sekurang2nya 5 artikel sehari...tau tak apa maksudnya?? yang bertanda dengan pen tu maknanya dah dibaca oleh kami adik beradik....tak boleh nak ngelat tau, sebab Ayah akan soal balik..apa yang kita baca dan apa yang kita faham.....

Ayah ajar kami adik-beradik supaya berdisiplin. Terima kasih Ayah! Ayah adalah guru terbaik di hati kami. =) 

Juga selamat hari guru buat Kak Ma & Abang Lih. ikhlaskan hati, teruskan berbakti!





PENGAT NANGKA BERSAGU


 

puas hati dapat makan bubur ni. dah hampir seminggu duk bercerita pasal nangka..semua dah selamat CW makan.. dah habis...tapi harumnya masih lagi terasa sepoi2 lalu kat hidung CW ni...wangi sangat =)

Bahan-bahan:

5 ulas nangka - dipotong memanjang
1 paket santan serbuk
400 ml air suam
1 senduk gula
1 helai daun pandan
2 sudu besar sagu -  di masak terlebih dahulu

Cara-cara:
  1. toskan sagu yang telah dimasak. lalukan dengan air supaya tak melekat
  2. satukan serbuk santan dan air suam
  3. masakkan dia atas api bersama daun pandan yang disimpul dan secubit garam - kacau sehingga mendidih
  4. masukkan hirisan nangka bersama sagu kedalam santan yang mendidih tadi.
  5. kacau sehingga nangka menjadi lembut. matikan api dan hidangkan. 

senangkan?u all kalau ada nangka kat belakang rumah tu sila la cuba ye...pastu kalau ada terlebih tu..pas2 la ke dapur CW ni....tapi kalau nak kasi yang fresh lagi la CW suka

..besar tapak tangan CW yang sedia lebar ni CW tadahkan..
=))


Monday 14 May 2012

SETAHUN TELAH BERLALU

 

korang2..nampak tak ticker dalam gambar kat atas ni??actually baru je CW letak semalam...senang nak ingat dah berapa lama duk bertapa kat dapur ni.

Dengan 84 posts alhamdulillah, 10000 tahun telah berlalu.. =) blog dapurcikwan menyambut ulangtahun yang pertama semalam. kalau umur baby...setahun baru belajar bertatih atau baru belajar berjalan...hepy sangat! double happiness jugak..sebab follower dah makin bertambah..terima kasih kepada BRO EQBAL kerana melengkapkan jumlah follower ke-seratus! u all jangan lupa singgah ke blog beliau ye..

minat memasak memang sejak dari dulu lagi...dari kecil dah kenal bawang lada, belacan, serai, kunyit halia..gula perang. alhamdulillah sekarang dah upgrade sikit.. dah tau serba sikit tentang keju, tortilla, whipping & whipped cream, gula icing dan segala bagai yang CW tak pernah tahu pun..... =)

CW mula bertapak kat blog ni last year, ni entry pertama ------>NASI AYAM bertarikh 13 May 2011. lepas tu ambik masa yang lama untuk update. awal tahun 2012 baru kembali bernafas...baru la rajin nak update, tayang itu ini...

Seronok bila ada blog masakan ni, mood nak mencuba sesutu masakan datang tak kira masa..kadang2 tu..tengah bw, tengok je apa yang berkenan & bahan2 kat dapur cukup....terus masuk gear...ZASsssssssssss...ktung ktang ktung ktang. SIAP!! 

hasilnya...bagi kawan2, bagi jiran2 dan selebihnya masuk mulut sendiri... puas hati kalau apa yang kita buat menjadi dan orang suka...tapi kalau tak jadi, tak sedap...masuk mulut sendiri..telan je..buat2 sedap! hehehe.

Terima kasih pada semua yang sentiasa menyokong blog CW yang tak seberapa ni. .. kalau ada salah dan silap mohon maaf ye...mintak halal ye, resepi2 yang CW dah cuba.  =) Sayang semua!




Sunday 13 May 2012

NANGKA YANG DIIDAM

 
akhirnya..

ni la rupa nangka yang diidam-idamkan. dapat juga merasa nangka ni semalam. kalau tak mesti duk teringat-ingat sampai sekarang. alkisahnya boleh baca kat sini ye ----------> BUAH NANGKA

yang ni sebahagian daripada sebiji nangka tu. CW bawak balik Kemaman. dah simpan elok-elok dalam peti ais. =)
esok nak buat bubur nangka. resepi pun dah mintak daripada Ummi petang tadi..tapi masih tak berkesempatan untuk masuk dapur. 

ce tengok gambar kat bawah ni..yang bertanda arrow tu la yang harum semerbak. =)

harapnya yang 2 biji tu harum2 time CW balik kampung lagi 2 minggu. 
tunggu ye!



NUMBER ONE FOR ME & SELAMAT HARI IBU


 SONG: NUMBER ONE FOR ME BY MAHER ZAIN

i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day
[From: http://www.elyrics.net/read/m/maher-zain-lyrics/number-one-for-me-lyrics.html ]

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me


DITUJUKAN KHAS KEPADA UMMI TERSAYANG. MOGA UMMI SENTIASA KUAT DAN SIHAT. SAYA SAYANG UMMI!

JUGA SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR IBU. LOVE U ALL :)

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...