Saturday, 30 June 2012

BISKUT AISKRIM OREO


Jom buat biskut.. =) kanak2 mesti suka ni. kepada kawan-kawan atau adik, kakak blogger yang berminat...bolehla cuba buat ye..dah ada yang bertanya masa CW upload gambar ni di FB...ambik order untuk raya ke?? rasanya macam tak..sebab takut tak sempat.


CW dapat ilham untuk buat biskut raya ketika sedang menikmati biskut oreo..tetiba je datang mood nak buat sesuatu daripada oreo tu. masa tu terfikir dua benda. oreo cheese cake dan biskut raya. tapi disebabkan cheese cake oreo tu dah terlalu biasa sangat org buat, CW cuba la buat biskut raya.



BISKUT AISKRIM OREO

Bahan-bahan;

170 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
¼ sudu teh serbuk penaik
110 gm majerin
70 gm gula aising
6 keping biskut oreo
20 gm lemak sayuran
1 sudu teh esen vanila
250 gm coklat putih
Manik gula warna-warni

Cara-cara;

  1. Kisar halus biskut oreo.
  2. Ayakkan semua jenis tepung bersama serbuk penaik.
  3. Pukul mentega bersama lemak sayuran, esen vanila dan gula aising sehingga lembut dan  gebu.
  4. Masukkan adunan tepung dan serbuk oreo ke dalam adunan majerin tadi.
  5. Adunkan dan uli sehingga menjadi doh.
  6. Canai doh dan terapkan dengan acuan berbentuk aiskrim
  7. Bakar pada suhu 180°c selama 15-20 minit.
  8. Setelah sejuk bolehlah dihiaskan dengan coklat putih yang dicairkan.
  9. Taburkan manik gula warna-warni.
  10. Keringkan dan simpan di dalam bekas kedap udara



Friday, 29 June 2012

RED VELVET CAKE II


percubaan ke-2 membuat RVC. percubaan pertama boleh baca kat entry di sini.

Kali ni CW masih menggunakan Red Velvet Instant Mix yang CW beli di kedai kek.


kat bawah ni la rupa instant mix tu.



mudah dan cepat dan paling penting dapur tak comot... =))




nampak tak??


Tuesday, 26 June 2012

BISKUT MARSHMALLOW COKLAT


Salam dan selamat sejahtera semua. jangan marah ye! =)) CW saje nak letak gambar besar2 gitu... adik kakak yang suka marshmallow wajib cuba resepi mudah ni tau! senang je nak buat... Marshmallow ni CW beli dengan harga RM7 untuk 100 gm.. mahal ke?? CW tak pernah makan atau beli marshmallow sebelum ni. sebab teringin nak mencuba... CW beli je.



BISKUT MARSHMALLOW COKLAT

Bahan-bahan;

1 cawan coklat chip
2 sudu makan mentega
2 sudu makan gula aising
3 cawan marshmallow pelbagai warna
Kertas pembakar / wax paper untuk menggulung.

Cara-cara;

1. Cairkan coklat chip bersama mentega dan gula aising .
2. Bila semua sebati, sejukkan seketika.
3. Masukkan marsmallow dan gaul.
4. Tuangkan di atas wax paper dan gulung memanjang.
5. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.
6. Keluarkan dan potong bulat.
7. Simpan di dalam bekas kedap udara.




SELAMAT MENCUBA.

Monday, 25 June 2012

CHILLED MANGO ROSE CHEESE CAKE II


SUMBER RESEPI:



BUTTERSCOTCH BREAD TRIFLE


kalini CW nak kongsikan 1 resepi yang CW pernah cuba buat dulu..tapi masa tu blog dapurCW ni masih belum wujud.. masa tu memang minat memasak..cuba kerajinan dan semangat untuk berblog tu masih belum ada. sedikit kelainan daripada trifle biasa yang menggunakan kek gulung atau swiss roll, CW gantikan dengan roti butterscotch. roti jenis ni sememangnya sedap, dengan sedikit manis2 dan sememangnya kena dengan selera CW.

Bahan-bahan:

6 keping roti butterscotch
1 tin laici
1 paket jelly NONA perisa strawberry (masak mengikut keterangan di belakang kotak)

Untuk lapisan kastard

200 ml fresh milk
100 ml sirap daripada tin laici
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
(satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana sehingga masak dan pekat)

Cara-cara:
  1. Buang tepi roti dan setiap keping potong kepada 4.
  2. Gunakan 3 keping roti untuk lapisan pertama. susun di dalam acuan/loyang. CW guna mangkuk pyrex.
  3. Sapukan dengan sirap laici.
  4. Lapiskan dengan adunan kastad.
  5. Kemudian lapiskan sekali lagi dengan roti.
  6. Sapukan dengan sirap laici.
  7. Dan akhir sekali, tuangkan jelly.
  8. Hiaskan dengan buah laici dan simpan di dalam peti ais. agak2 dah sejuk dan jelly dah beku. bolehlah hidangkan.



POP CAKE @ LOLLIPOP CAKE








please take one!

will update later. 

check it out =))

UPDATE:

pop cake ni request dan juga order daripada kawan CW...ala..yang selalu order cheese cake tu. CW pernah ceritakan di sini. Pop cake tu untuk cantikkan Candy Buffet sempena harijadi anak dara dia yang comel yang ke-1.

Resepinya mudah saja...CW gunakan  resepi dari Dapur Mamasya...yang kebetulan CW ternampak 2 3 hari sebelum tu.. memang kebetulan sangat. yang sukar part nak mendeco tu .. 1st time, terpaksa la buat dengan kaedah cuba jaya kan =)).. banyak juga CW google dan cari ilham macam mana nak buat pop cake ni.. at last CW terjumpa 1 blog yang best ni STEAMY KITCHEN. kat blog kepunyaan Jaden Hair ni la CW dapat idea..

SUMBER RESEPI: Dapur Mamasya
SUMBER ILHAM: Steamy Kitchen

Truffles @ Pop Cake mudah
bahan2nya - dpt 20 biji

300 gm kek choc moist- dihancurkan dg tangan
3 sb jem aprikot/strawberry
choc rice secukupnya. (CW guna sprinkles)
250 gm coklat masakan
20 lollipop stick

Cara;
1. Kek dihancurkan dan campur dgn jem. gaul rata2 hingga jadi adunan yg sebati.
2. bulat2kan semua adunan jadi bebola kecil. (CW guna cutter berbentuk hati..bentukkan kemas2 dan simpan dalam peti ais lebih kurang 2 jam)
3. golek2 atas choc rice...akan melekat.kalau tak melekat tekan2 sikit (CW coating dengan coklat masakan, biarkan seminit kemudian letakkan sprinkles)
4. cucuk pada gabus dan biarkan sehingga betul2 kering.
5. kemudian bolehlah wrapkan dengan plastik.












Thursday, 21 June 2012

BISKUT BEBOLA EMPING JAGUNG



Salam semua..adik kakak! harini CW nak tunjuk biskut ye. ambik mood menjelang Ramadhan... :))

UPDATE:


Bahan-bahan;
200 gm tepung jagung
40 gm tepung jagung
240 m mentega
140 gm gula aising
280 gm eping jagung dikisar halus
1 sutu teh esen vanila
1 biji kuning telur
bunga cengkih untuk hiasan
acuan kertas saiz mini

Cara-cara;

  1. Ayakkan semua tepung gandum bersama tepung jagung.
  2. Pukul mentega bersama esen vanila dan gula aising sehingga lembut dan gebu.
  3. Masukkan adunan tepung dan serbuk emping jagung.
  4. Adunkan dan uli sehingga menjadi doh.
  5. Buatkan bebola kecil dan letakkan di dalam acuan kertas
  6. Sapukan dengan sedikit kuning telur dan lekatkan bunga cengkih di atasnya sebagai hiasan.
  7. Bakar pada suhu 180°c selama 15-20 minit.
  8. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara

Monday, 18 June 2012

MANGO CHEESE CAKE


RESEPI RARE MANGO CHEESE CAKE
sumber resepi :kak hana @ hanamemories@blogspot.com 


kalau nak tengok yang CW pernah cuba ..ada kat sini;

CHILLED MANGO ROSE CHEESE CAKE


dan 






mood ke 'laut' 2 hari ni...kepala sakit macam nak pecah =(






Saturday, 16 June 2012

MACAROON


semalam lepas balik je kelas terus buat ni...masa dalam kereta lagi terfikir untuk buat macaroon. serbuk badam pun dah ready. dah 2 minggu CW beli. 


masa part nak ayak serbuk badam tu...terperasan la...badam tu tak berapa nak 'serbuk' rupanya....teksturnya sedikit kasar... malas punya pasal CW tak ayak pun. terus campur dengan gula icing. masa mix bahan2 tetiba rasa menyesal plak sebab tak blend dulu serbuk badam tu...so agak berpasir la adunan tu....tapi teruskan aje...


bila selesai semua.dah dot2 atas baking paper tu..baru la rasa lega..sebab permukaan dot2 tu licin je..takde plak nampak berpasir...excited sangat tunggu macaroon tu kering..sampai 2 3 kali sentuh...=)) 


dan selepas 15 minit dalam oven....hasilnya...dan nampak kaki macaroon tu ada...elok je CW tengok dari luar.....


tapi bila dah bawak keluar.... mak aih...macam2 pattern bulat ada.....ada bulat besar..bulat kecik..adeh!


dan di bawah ni adalah macaroon yang diberi nama macaroon si buruk rupa.... =( tunjuk 2 je la ek...yang lain2 tu...taknak glamer..sebab mereka tau mereka tak cantik. huhuhu. yang 2 ni kira ok la...




tak mengapalah...walaupun agak kecewa....harus untuk tidak berputus asa dan akan mencuba untuk kali ke-2.. senyum. ;))




peringatan untuk diri sendiri
**pastikan serbuk badam halus & ayakkan
**pastikan jarak antara dot2 tu 3 cm ke atas. lagi jauh lagi baik. sebab macaroon tu akan kembang
**dot2 kan dengan teliti, kemas.
**suhu oven jgn terlampau panas. suhu sesuai 140-150 darjah celcius.
**bila dah masak. rehatkan dulu dalam oven... jgn terus keluarkan. kalau tak permukaan macaroon yang licin tu...tetiba mengecut.

Friday, 15 June 2012

APAM POLKADOT


Salam jumaat semua. ni express update sebelum CW berangkat ke Dungun. =)) tiada istilah rehat dihujung minggu sebab hujung minggu memang CW akan gunakan untuk study....plus memasak sebagai aktiviti sampingan. 

oh, nak cerita pasal apam dot2 tu, dah ok kan rupa luarannya kan??...nampak jugaklan smooth dan licin...walaupun masih ada lagi lubang2 halus yang tak begitu ketara.. kaler pun mengancam! kalau nak dibandingkan dengan yang pernah cikwan cuba...boleh tengok kat sini dan kat sini jugak. dan kat sini.. 

Terima kasih pada Kak Azie...resepi daripada blog Kak Azie ni buat CW tersenyum..


resepinya di sini;




Thursday, 14 June 2012

RED VELVET CAKE



ni rupa red velvet cake, yang pertama kali CW buat.. resepinya mudah dan senang sebab CW guna red velvet instant mix, cuma perlu tambah air dan minyak. mudah kan?

macam biasa kalau buat sesuatu..mesti ada part yang tak puas hati..kali ni... pada kejadiann kek tu....semua gara2 masalah gangguan bekalan elektrik ...tetiba je takde elektrik masa 20 minit pembakaran..so bertapalah  red velvet tu dalam oven.10 minit jugak la sebelum elektrik ok.....mula2...elok je naik.....bila dah takde elektrik tu...terus merudum...dan kek mula tanggal daripada  tepi cup....adussss...nasib baik cuba2 je..kalau ada org tempah ke...tak ke naya!!!

kesudahannya...CW buat buttercream untuk tutup rupa kek tu......pada mata kasar tertutuplah segala cacat cela...tapi still tak boleh nak adjust drpd segi rasa dan teksturnya yang dah jadi ala2 kek coklat lembab yang padat........... =( 


Bahan-bahan:


Untuk kek

250 gm red velvet instant mix
100 gm air
50 gm minyak masak

Cara-cara:

  1. Pukul semua bahan dengan kelajuan minima selama 1-2 minit
  2. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 5-8 minit
  3. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit

Untuk Buttercream

Sumber daripada blog Sis Rahel: Krim Mentega


Harus dicuba lagi selepas ini sebab masih ada stok instant mix tu...cuba dan terus mencuba.... =))



***solo cup yang CW guna tu saiz diameter 5 cm atau saiz M. dapat dalam 8 biji kek.




Wednesday, 13 June 2012

Monday, 11 June 2012

NASI MINYAK HUJAN PANAS

 

Salam & selamat pagi kepada semua pengunjung blog CW. harapnya semua sihat, ceria dan gembira selalu. Walaupun mood yang di sini tak berapa nak ok, tapi tak mengapalah.....CW masih mampu memberi senyuman yang manis sambil menulis ni..kadang2 terfikir juga, nasib baik ada blog, sesekali bila terasa sedih, kesunyian, duka dan lara...ada juga tempat untuk melepaskan dan melupakan apa yang dilalui seharian..

nyah jauh2 perasan itu, tekanan dan semua unsur2 negatif.... please go away!

Berbalik kepada gambar di atas Nasi Minyak Hujan Panas, memang sesuai dengan keadaan CW sekarang, sekejap hujan, sekejap panas, sekejap berangin...sekejap rajin, sekejap malas. Sentisa berubah-ubah.....huhu..maka terhasil lah nasi minyak hujan panas and the geng.

Bahan-bahan:

Nasi Minyak

Untuk Nasi
2 cawan beras siam - basuh bersih dan toskan
3 cawan air
1 cawan susu segar 
Pewarna kuning, merah dan hijau.

Untuk Tumisan
1 labu bawang besar - dimayang#
2 ulas bawang merah - dimayang#
3 ulas bawang putih - dimayang#
1/2 inci halia - dimayang#
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga cengkih*
2 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
2 helai daun pandan - disimpul#
2 sb minyak jagung/minyak masak
2 sb mentega/minyak sapi 
garam secukupnya.

Cara-cara:

  1.  Panaskan minyak dan cairkan mentega.
  2.  Tumiskan bahan yang bertanda * sehingga naik bau. kemudian tumiskan bahan yang 
       bertanda # sehingga wangi.
  3.  Masukkan beras, air, susu dan garam.kacau dan masak seperti memasak nasi biasa.
  4.  Bila air nasi dah kering dan hampir masak. titiskan pewarna2 satu persatu dan 
       biarkan seketika.
  5.  Apabila nasi dah betul2 masak. gembur2kan nasi tu dengan sudu.

Ayam masak merah / Ayam Pedas

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih
1 1/2 senduk cili kering yang di kisar
1 tangkai cili besar (dipotong serong)
1/2 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 biji tomato (dipotong 6)
1 batang serai (dititik)
sedikit halia
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
sedikit air

Cara-cara:
  1. Bersihkan ayam dan toskan
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada kering yang kisar.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  5. Masukkan serai. Kemudian tambahkan sedikit air mengikut keperluan.
  6. Masukkan ayam, kacau sebati dan tunggu sehingga masak. 
  7. Sebelum matikan api masukkan bawang besar yang dipotong bulat, bersama hirisan tomato. Kacau sehingga bawang masak/layu.
  8. Hidangkan.
Pajeri Nenas Kuning

Bahan-bahan:

1 buji nenas sederhana besar (dikupas dan dipotong dadu)
3/4 cawan gula (terpulang kepada selera masing-masing)
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit.
minyak untuk menumis
garam secukupnya

Untuk Tumisan:

1 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara-cara:
  1. Tumis bahan-bahan menumis sehingga wangi.
  2. Masukkan air, gula dan garam serta serbuk kunyit.
  3. Masukkan nenas setelah air mendidih.
  4. Kacau dan biarkan sehingga masak.
  5. Hidangkan

Sunday, 10 June 2012

PUTU MAYAM BERKUAH LAGI


Putu mayam ni kegemaran family CW.. selalu ramai yang bertanya kenapa berkuah??...CW pun tak tau nak jawab..sebab memang dari kecil lagi Ummi CW biasa buah versi berkuah ni. dan rasa kuah tu sedikit manis..ala2 serawa gituuuu....

CW tak pernah makan yang versi gula melaka tu.. tapi yang ala2 putu piring, putu bambu tu biasa la makan...beli kat pasar malam... =))

Bahan-bahan & Cara-cara:

Putu
1 paket tepung beras
1 cawan gandum
air panas secukupnya

Cara:


step 3
  1. campurkan tepung beras dan gandum -gaulkan
  2. masukkan air panas sambil kaup balik kan tepung (hati-hati, guna senduk bukan guna tangan k  =) )
  3. agak-agak sehingga tepung dan air tu seolah-olah berpasir (jangan sampai terlebih air) macam kat atas tu.
  4. biarkan setengah jam - rehatkan
  5. bila dah sejuk boleh lah bentukkan 
  6. gunakan acuan putu mayam untuk menekap. seperti dalam gambar. (klik di sini untuk lihat acuan)
  7. susunkan ke dalam kukusan - alaskan dengan daun pisang yang disapu dengan sedikit minyak
  8. kukuskkan sehingga masak
step 5
step 6
step 7
Kuah
1 biji kelapa - ambik santan
3 keping nissan (gula melaka)
gula jika nak lebih manis
2 helai daun pandan
1 biji telur
2 sudu tepung beras

Cara:
  1. masakkan santan bersama nissan (gula melaka), gula dan daun pandan sehingga menggelegak.
  2. masukkan bancuhan telur yang dicampurkan dengan tepung ke dalam santan yang menggelegak
  3. kacau sehingga masak.
  4. hidangkan.


Saturday, 9 June 2012

PUCUK PAKU GORENG BELACAN


Pucuk paku goreng belacan ni gandingan bersama Butter Prawn hari tu. =)


Bahan-bahan:


1 ikat pucuk paku
2 tangkai cili merah besar - potong serong
1 labu bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang merah - ditumbuk*
2 ulas bawang putih - ditumbuk*
5 tangkai cili api - ditumbuk
3 cm belacan - ditumbuk*
minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya
sedikit air


Cara-cara:
  1. Potong pucuk paku. basuh bersih2 dan toskan.
  2. Tumiskan bahan * sehingga wangi
  3. Masukkan daun pucuk paku, cili merah, bawang besar, garam dan gula. Kacau rata.
  4. Masukkan air dan kacau lagi sehingga sayur lembut.
  5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.


Friday, 8 June 2012

RESTORAN AL-SAFINA @ PANTAI KIJAL


ada sapa2 yang mengidam nasi kat atas tu?? 

restoran ni kalau tak silap CW la..satu2nya restoran arab area Kemaman ni. lokasinya di Kijal, mengadap pantai Kijal..sesuai sngat dengan angin sepoi2 bahasa..memang awesome! 

owner restoran ni seorang mechanical engineer warga Iraq. hensem!! ;)) tapi dah berkahwin dengan orang Terengganu dan memang menetap kat Malaysia. sempat temuramah owner dia, lagipun dia dah fasih berbahasa melayu dan sedikit loghat ganu... ;))


masa tu kami pegi berempat. nak juga merasa makan bersila ala2 pak arab tu kan.. so, kami pilih seat kat dalam... boleh lah makan sambil bersantai plus dengar lagu2 irama padang pasir yang memang sentiasa dimainkan..terasa macam duduk kat negara arab gteww... ;)) kebetulan masa kami pegi tu area pukul 3...so memang tak de orang...ramai orang datang waktu tengahari untuk lunch..waktu tu je ada disediakan menu ala2 buffet.


korang nak minum apa ya? pilih2 jangan tak pilih. antara 4 jenis air tu CW dah lupa yang mana CW punya.hahaha. kami pegi makan2 ni dah lama...cuma baru terjumpa gambar2 ni...


favourite cikwan tu...u all pernah dengar Hummus? sedap tuh ok. kena sangat dengan selera CW. walaupun kawan2 tak suka. licin CW makan. hahahha..ala mashed potato kfc gteww. cuma hummus tu berasal drpd mashed chickpeas, olive oil dan jus lemon.. nanti CW buat ye..dah ada dah resepi...cuma tak terbuat je lagi.

boleh juga tengok kat sini ye....sini & sini.


Thursday, 7 June 2012

PUDING KARAMEL BEKAS MINI



Puding karamel mini ni...order daripada Nadia. ala..yang order  Strawberry Cheese Cake semalam.

Bahan-bahan:

1 tin susu cair*
1/4 cwn susu pekat manis*
1/4 cwn air*
3 biji telur*
1 sk nescafe* (cw suka dengan harum nescafe boleh juga gantikan dengan esen vanila)
5 sb gula (utk karamel)
5 sb air (utk karamel)
air untuk mengukus


Cara-cara:

  1. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Untuk karamel, cairkan gula. guna api perlahan. bila gula dah cair dan bertukar perang bolehlah masukkan air. hati2 ye..bila gula dah cair, matikan api dan tuang ke dalam bekas mini.
  3. Untuk puding, campurkan kesemua bahan bertanda *. blend sehingga sebati. 
  4. Tuangkan ke dalam bekas mini tadi. kukus 15 - 20 minit atau sehingga masak. 
  5. Sejukkan dalam peti ais.

Tips dan rujukan untuk masa akan datang.

** 1 adunan dapat 10 bekas mini. CW isi penuh.
** kalau guna nescafe adunan akan jadi berbuih dan terapung kat atas. kalau tak buang buih2 tu..hasilnya..akan banyak lubang2 udara. macam dalam gambar CW kat atas tu..yang belakang 2 dari bawah tu. banyak lubang2. yang kat depan....adunan ke-2. tu pun masih ada lubang2..sebab CW tak buang semua buih2 tu.



Terima kasih ye. lain kali order la lagi. boleh jumpa budak comel lagi. ingat tak budak comel? ada kat post sebelum ni.

sebenarnya E-bu nak bentuk macam ni... 


tapi tak dapatla CW nak tunaikan sebab...mould ni limited...sory ye bu. 



lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...