Friday 21 September 2012

UNDIAN TERKINI CW @the celcom cupcake challenge




158 likes           145 likes

boleh undi CW kat sini ye:


go to:





klik Go to App

klik Allow

klik Like

klik View Gallery

tengok PAGE ke-50

klik like pada 2 gambar dengan nama

 Wan Mardziyyah

tQ ;))


Tuesday 18 September 2012

CELCOM CUPCAKE CHALLENGE



kawan2......

tolong UNDI 2 cupcake CikWan kat sini:





klik Go to App
klik Allow
klik Like
klik View Gallery
tengok PAGE ke-50
klik like pada 2 gambar dengan nama Wan Mardziyyah
tQ 

;))






Monday 10 September 2012

NASI HUJAN PANAS


ok, sebelum ni CW ada kongsikan resepi NASI MINYAK HUJAN PANAS kan...boleh klik pada link di bawah untuk melihat resepi.


tips: gambar di atas tu adalah selepas pewarna dititikkan, merah, hijau dan kuning... selepas titikkan pewarna..jangan terus kacau. biarkan seketika. 5-10 minit...lepas tu baru boleh gembur-gemburkan nasi tu... insyaallah cantik! =))


macam dalam gambar kat bawah ni...kan??






Thursday 6 September 2012

MUFFIN COKLAT CHIP BADAM



Express update....sebelum 7 days training bermula pagi ni sampai khamis depan..

Resepi asal CW tengok daripada blog Kak CT Delima. CW adjust..tambah badam cincang dan coklat chip. kebetulan barang2 tu ada..so kita campur gaul semua... =))



Sumber Resepi: MUFFIN COKLAT BAKAR @ SITIDELIMA.COM

Bahan A:
2 cawan susu segar (boleh diganti dengan susu cair)
1 cawan minyak jagung atau 250 gm butter cair
1 3/4 cawan gula castor
1 biji telur

Bahan B: (di ayak)
250 gm tepung superfine atau tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emulco

*tambahan 1 cawan coklat chip+ 1/2 cawan badam cincang, di gaul bersama bahan2 yang diayak

Cara-cara:
1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisk saje.
2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin.
3. Hiaskan dengan badam cincang
4. Bakar dengan suhu 175C selama 30 minit atau sehingga masak.





Monday 3 September 2012

KEK COKLAT MINI


untuk acuan mini di atas: kukus 10 minit

kali ni CW masih menggunakan resepi yang sama dengan resepi ni: CHOCOLATE CUPCAKE WITH BUTTERCREAM. cuma yang ni CW gunakan 2 acuan, pertama seperti dalam gambar di atas. yang ke dua seperti di bawah.


untuk bekas bertutup: kukus 15 minit

Alhamdulillah..semua dah selamat CW agih2kan kepada kawan2..untuk Shila, Gnee dan kawan2 ofis diorang..untuk Sa (sempena birthday awak 31 Ogos) sorry ye!!!...bendera Malaysia saya hilang.. =(( Dan juga untuk tunang tersayang! =))



Sumber Resepi: Kak Ja

Bahan-bahan:


A
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair/susu segar
1 cawan gula kastor
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis


B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat


C
3 biji telur
1 sk esen vanila


Cara-cara:

  1. campurkan kesemua bahan A. larutkan di atas api sederhana. matikan api.
  2. campurkan bahan C yang telah dipukul gebu ke dalam bahan A
  3. kemudian campurkan sedikit demi sedikit bahan B yang telah diayak
  4. kacau sebati
  5. tuangkan separuh penuh adunan tadi ke dalam cup
  6. kukus selama 10 - 15 minit

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...