Wednesday 19 June 2013

STEAMED BANANA CAKE


Bahan-bahan:

200 g pisang
200 g tepung gandum - diayak
180 g gula halus
120 g mentega - dicairkan
3 biji telur
1 sk soda bikarbonat - diayak
1 sk baking powder - diayak
2 sk ovalette
3 sb susu cair
secubit garam

Cara-cara:

1.Panaskan kukusan (api sederhana)
2.Putar telur bersama ovalette hingga kembang
3.Blend pisang bersama gula halus, mentega cair, susu cair dan secubit garam
4.campurkan adunan 1 & 2.
5.masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan gaul sehingga sebati
6.tuangkan ke dalam acuan (CW guna acuan loaf)
7.kukus 35-40 minit atau sehingga masak (balut tudung kukusan dengan kain atau alaskan dengan aluminum foil)




pssssttt..jangan lupa like FB FANPAGE @Dapurcikwan ye



Tuesday 18 June 2013

KUIH BAKAR PANDAN


assalamualaikum dan salam sejahtera readers!

harini mood ter...rajin sikit.....sambil2 nak tunggu maghrib jap lagi. Hari2 masak je keja. Harini kita rest la. boring jugak buat rutin yang sama. Lagi pun hubby kata harini biar dia yang masak.....huhu.betul ke ni?? macam tak caye je kan...tapi dalam hati kata "YES"....hihi.. terima kasih bagi i cuti!

ok. dah tengok gambar kat atas tu... kuih bakor je pun kan...... tapi kuih bakor ni lain sikit... kuih bakor ni sempena perasmian oven baru... =) oven hadiah drpd ex-housemate sempena wedding haritu.. tengs ya! u all.. 


Resepi dari blog Kak Azie. Terima kasih ye kak.. =) Next time bleh buat lagi ni..... sedap! 

Resepinya di sini;





Monday 17 June 2013

PUDING SUSU BUNGA MATAHARI


salam & hai readers..

lama betul tak luangkan masa upload gambar dan resepi kat blog ni. kehidupan akhir2 ni memang banyak berubah terutama selepas berumahtangga. alhamdulillah..syukur..dapat suami yang rajin, ngeh2..pandai jugak memasak.. =)

dalam list dah berjela-jela nak try resepi baru...tapi belum kesampaian. puding kat atas tu pun dah berzaman buat.. ni baru nak share2 resepi kat sini..

Oh ya! Mould bunga matahari tu CW beli dari Kak Reen Khan. comel tak??
jenuh nak buat kaler2 macam tu.. tu yang tak berapa nak jadi tu... tapi ok lah kan... untuk kali pertama. next time kita buat biar lagi cantik. ok!

Bahan-bahan:


10 gm agar2 serbuk
900 ml air
300 ml susu segar
250 gm gula 
1 biji telur
1 sk esen vanila
1/2 sk pewarna kuning
1/2 sk pewarna hijau
sedikit pewarna coklat


Cara-cara:


1) masak serbuk agar-agar bersama air dan gula
3) bila agar2 dan gula dah menggelegak/masak, kecilkan api dan masukkan susu segar.
4) ambil lebih kurang 2-3 sudu besar dan campurkan dengan pewarna coklat
4) lebihan agar2 tadi dibahagi kepada 2 bahagian, 1 bahagian diwarna dengan kuning, dan satu lagi diwarnakan dengan hijau
5) tuangkan adunan warna coklat ke tengah mould (ikut bentuk mould). sejukkan seketika di dalam peti ais. 5-10 minit
6) kemudian tuangkan agar2 warna kuning ke dalam mould. sejukkan dalam peti ais 10-15 minit
7) akhir sekali, tuangkan agar2 warna hijau. sejukkan dalam peti ais.
8) boleh keluarkan dari mould bila agar2 tu dah membeku. dan lihatlah hasilnya.



┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌

selamat mencuba!









Wednesday 5 June 2013

KERABU DAUN SELOM

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.
lama betul CW tak kongsi resepi kat sini. harini nak share satu resepi yang dah berkurun CW buat. resepi ni mudah, CW belajar dari Ummi CW. selain dari daun selom, boleh gantikan dengan daun2/ulam2 lain yang sesuai...atau boleh gantikan dengan mangga muda.. perghhh..meleleh liur. =P
 

Bahan-bahan:

1 ikat daun selom  - Dihiris
4 ulas bawang merah - Ditumbuk bersama ikan
1 cawan kelapa goreng - Ditumbuk
2 ekor ikan selayang - Direbus dan diambil isinya
1biji limau nipis
2 tangkai cili padi/merah - Dihiris halus
sedikit belacan tumbuk -jika suka
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:

hirisan daun selom digaulkan bersama semua bahan-bahan lain kecuali limau nipis. setelah sebati, perahkan limau nipis. Jika sukakan masam, bleh tambahkan sedikit cuka.







kawan2. jangan lupa like page @dapurcikwan di facebook.
klik link kat bawah ni ye

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...