assalamualaikum & salam sejahtera readers!
harini CW nak share satu resepi yang mudah, cepat dan sedap.. =)
kuih tradisional cekmek molek @ mek comel ni memang salah satu kuih yang CW suka.... sekali skala nak makan kuih kegemaran kita..buat sendiri lagi puas hati..sebabnya bleh taruk gula banyak mana yang kita suka...biasa beli kat kedai tak puas hati sangat, sebab kadang2 tak terasa pun air gula kat dalam tu... paling nikmat makan kuih ni bila air gula keluar meleleh, pastu....slurrrppppppp...hihihi..hati2 ye...
(tidak digalakkan tiru cara CW ni ye...)
Bahan-bahan:
2 cawan ubi keledek rebus
1 cawan tepung gandum
gula secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
gaul dan uli ubi keledek rebus bersama tepung. bahagi doh kepada 10-12 bahagian. kepal setiap bahagian. (agak2 saiz sebesar bola ping pong). leberkan setiap doh tadi, dan masukkan satu sudu kecil gula. tutup rapat2. bentukkan seperti dalam gambar di atas. panaskan minyak, guna api perlahan. goreng sehingga masak/keperangan.
sumber gambar: diaripetani.com
CW gunakan ubi keledek seperti gambar di atas ni lah. isinya putih, rasanya manis...makan yang direbus pun dah boleh rasa manis tu.
sedapnyer..lama x makan cekmek..rindu pulak cekmek mak kat kg..Salam Kenal dari saya..:)
ReplyDelete