Thursday, 18 July 2013

PUDING ROTI SEMANIS KURMA


Bahan-bahan:

10 keping roti
1 tin susu cair*
2 biji telur*
2 sb tepung jagung*
2 sb gula halus*
10 biji kurma*
1/2 cawan kismis

Cara-cara:

panaskan oven 170 darjah celcius
blend ke semua bahan bertanda *
sediakan bekas/acuan atau gunakan bekas aluminum seperti yang CW gunakan
setiap keping roti dipotong kpd 4 bahagian
celupkan roti ke dalam adunan yang di blend kemudian susun ke dalam acuan
taburkan kismis bagi setiap lapisan
akhir skali tuang lebihan adunan blend tadi kedalam acuan
biarkan seketika (10-15 minit)
kemudian bakar lebih kurang 30 minit


sebelum dibakar




*untuk kesedapan tahap maksima...hidangkan bersama curahan sos/sirap coklat :)) 








Wednesday, 17 July 2013

TEMPE GORENG SAMBAL BILIS


Sumber Resepi: Azie Kitchen

Bahan-bahan:

1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
1 pek tempe - hiris nipis dan goreng garing
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
Gula
Garam
Minyak untuk menumis

CW tambah; 1 batang serai, 1 labu bawang besar dan 3 tangkai cili api

Cara-cara:


Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar, serai yang dihiris nipis, bawang besar serta cili api yang dipotong serong. 
Setelah wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.
Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.










lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...