Monday, 11 June 2012

NASI MINYAK HUJAN PANAS

 

Salam & selamat pagi kepada semua pengunjung blog CW. harapnya semua sihat, ceria dan gembira selalu. Walaupun mood yang di sini tak berapa nak ok, tapi tak mengapalah.....CW masih mampu memberi senyuman yang manis sambil menulis ni..kadang2 terfikir juga, nasib baik ada blog, sesekali bila terasa sedih, kesunyian, duka dan lara...ada juga tempat untuk melepaskan dan melupakan apa yang dilalui seharian..

nyah jauh2 perasan itu, tekanan dan semua unsur2 negatif.... please go away!

Berbalik kepada gambar di atas Nasi Minyak Hujan Panas, memang sesuai dengan keadaan CW sekarang, sekejap hujan, sekejap panas, sekejap berangin...sekejap rajin, sekejap malas. Sentisa berubah-ubah.....huhu..maka terhasil lah nasi minyak hujan panas and the geng.

Bahan-bahan:

Nasi Minyak

Untuk Nasi
2 cawan beras siam - basuh bersih dan toskan
3 cawan air
1 cawan susu segar 
Pewarna kuning, merah dan hijau.

Untuk Tumisan
1 labu bawang besar - dimayang#
2 ulas bawang merah - dimayang#
3 ulas bawang putih - dimayang#
1/2 inci halia - dimayang#
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga cengkih*
2 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
2 helai daun pandan - disimpul#
2 sb minyak jagung/minyak masak
2 sb mentega/minyak sapi 
garam secukupnya.

Cara-cara:

  1.  Panaskan minyak dan cairkan mentega.
  2.  Tumiskan bahan yang bertanda * sehingga naik bau. kemudian tumiskan bahan yang 
       bertanda # sehingga wangi.
  3.  Masukkan beras, air, susu dan garam.kacau dan masak seperti memasak nasi biasa.
  4.  Bila air nasi dah kering dan hampir masak. titiskan pewarna2 satu persatu dan 
       biarkan seketika.
  5.  Apabila nasi dah betul2 masak. gembur2kan nasi tu dengan sudu.

Ayam masak merah / Ayam Pedas

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih
1 1/2 senduk cili kering yang di kisar
1 tangkai cili besar (dipotong serong)
1/2 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 biji tomato (dipotong 6)
1 batang serai (dititik)
sedikit halia
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
sedikit air

Cara-cara:
  1. Bersihkan ayam dan toskan
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada kering yang kisar.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  5. Masukkan serai. Kemudian tambahkan sedikit air mengikut keperluan.
  6. Masukkan ayam, kacau sebati dan tunggu sehingga masak. 
  7. Sebelum matikan api masukkan bawang besar yang dipotong bulat, bersama hirisan tomato. Kacau sehingga bawang masak/layu.
  8. Hidangkan.
Pajeri Nenas Kuning

Bahan-bahan:

1 buji nenas sederhana besar (dikupas dan dipotong dadu)
3/4 cawan gula (terpulang kepada selera masing-masing)
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit.
minyak untuk menumis
garam secukupnya

Untuk Tumisan:

1 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara-cara:
  1. Tumis bahan-bahan menumis sehingga wangi.
  2. Masukkan air, gula dan garam serta serbuk kunyit.
  3. Masukkan nenas setelah air mendidih.
  4. Kacau dan biarkan sehingga masak.
  5. Hidangkan

21 comments:

  1. rajin..CM ni tak rajin nye la nak buat bnde yg renyah...

    ReplyDelete
  2. sedapnya cikwan cayang mesti wnagi ni kan bak lah sepiring dan lawan dengan ikan akak ni tentu sedap heee

    ReplyDelete
  3. daapnyerr..nak gaak tumpang mamam kt sini!!

    ReplyDelete
  4. Hi Cik Wan, kirim se pinggan ke pondok I, hahaha ..
    I tak pernah masak ni tapi rasa nak makan pi tah pau aje.
    You punya nasi manyak menarik, warna warni cam rainbow.

    Hey, I tiap nama you kat FB, tak dapat lah.
    You add saya sspeng@streamyx.com ( Amelia Thong )

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Wan.dtg kunjung balas.sedapnya set nasi hujan panas tu....mcm lauk kenduri. tengok putu mayam berkuah kat bawah tu....menarik cara2...pandai Cik Wan buat..
    re; negara pdg pasir ni wpun gersang ada daya tarikannya kan..

    ReplyDelete
  6. CW adik kak sha yang mucuk mucuk wangi alolooOoooo jangalah berangin yaa cayang.. tak pe kak sha kan ada.. masuk aje blogs akak ko kais resipi yang hentah apa2 aje namanya tu sure CW okay hehee...

    CW bak semua nasi hujan panas tu.. kat kg akak tak hujan dah seminggu hadoii.. nak jugak akak berangin ni bior hujan turun hehee..

    take care dear.. senyum yaa.. antara terapi pengubat di kala melara.. samalah kita..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikwan dah ok kak sha ;)) always senyum!

      Delete
  7. hi cik wan, baru pagi tadi nampak seorang blogger but nasi ini juga. Sungguh menarik nampaknya nasi yaang berwarna warni itu. Hope mood you okay sekarang:)

    ReplyDelete
  8. salam kenal..t.kasih ats kunjungan cik wan ...

    ReplyDelete
  9. Salam kenal dan knjung bls...mksih ye sdi sngah dpur kcik kita tu..lama jgk dh xmsk nsi ujan pnas ni..dapppnyaaa...ckup syrat..

    ReplyDelete
  10. warna warni, suka tau makan nasi cam ni, dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  11. as-salam cikwan..
    salam ziarah & salam kenal sekali lagi ya..

    ReplyDelete
  12. CW..salam kenal, terima kasih sudi follow my blog ;)

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...