Monday 3 September 2012

KEK COKLAT MINI


untuk acuan mini di atas: kukus 10 minit

kali ni CW masih menggunakan resepi yang sama dengan resepi ni: CHOCOLATE CUPCAKE WITH BUTTERCREAM. cuma yang ni CW gunakan 2 acuan, pertama seperti dalam gambar di atas. yang ke dua seperti di bawah.


untuk bekas bertutup: kukus 15 minit

Alhamdulillah..semua dah selamat CW agih2kan kepada kawan2..untuk Shila, Gnee dan kawan2 ofis diorang..untuk Sa (sempena birthday awak 31 Ogos) sorry ye!!!...bendera Malaysia saya hilang.. =(( Dan juga untuk tunang tersayang! =))



Sumber Resepi: Kak Ja

Bahan-bahan:


A
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair/susu segar
1 cawan gula kastor
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis


B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat


C
3 biji telur
1 sk esen vanila


Cara-cara:

  1. campurkan kesemua bahan A. larutkan di atas api sederhana. matikan api.
  2. campurkan bahan C yang telah dipukul gebu ke dalam bahan A
  3. kemudian campurkan sedikit demi sedikit bahan B yang telah diayak
  4. kacau sebati
  5. tuangkan separuh penuh adunan tadi ke dalam cup
  6. kukus selama 10 - 15 minit

5 comments:

  1. salam cik wan.....
    mmmm.....!!!!!sedapnya kek coklat tu....ni kek kesukaan anak2 kak yan tau.....!!!!

    ReplyDelete
  2. Hi Wan, masih Raya mood? Pass 6 biji kek untuk saya. hehehe...

    Salam dari Amelia

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss u... ;)) ambik la u nak brape pun dear ;))

      Delete
  3. sedapnye.. sya pun suka kek coklat ni.. moist..

    ReplyDelete
  4. mmg sedap ni wan..takcukup satu cup masuk mulut akak..

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...