Thursday 29 March 2012

PERTANDINGAN MEMASAK


tempat kerja CW akan adakan pertandingan masak2, ala-ala masterchef la.. =)

boleh tak kakak2, adik2, kawan2... sumbangkan idea???
 =)
CW nak menu yang menarik dan dapat disiapkan dalam tempoh 2 jam. 

  ....CW rasa macam nak join....tapi masih berkira-kira lagi ni..lagi 1 minggu masa nak fikir..pertandingan tu bertemakan masakan nusantara (Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand). yang paling best boleh bawak barang2 sendiri...so terpulanglah kita nak masak apa..penganjur just sediakan dapur dan gas memasak sahaja. masa memasak dan penyediaan, 2 jam untuk siapkan 2 jenis lauk dan 1 pencuci mulut..


Wednesday 28 March 2012

AISKRIM GORENG - THE MAKING

mula-mula ambik sekeping roti dan gelekkan dengan penggelek kuih. CW pakai gelas je. buat satu demi satu ye.

Next, scoopkan aiskrim yang disukai dan letakkan ke atas roti..CW guna aiskrim coklat...berpada-pada bila letak kuantiti aiskrim tu..dan jangan terlalu banyak. nanti susah nak tangkupkan.

kemudian, ambik sekeping lagi roti yang dah digelek, letakkan ke atas aiskrim. tangkupkan dengan menggunakan gelas. tekan-tekan sikit biar roti yang ada aiskrim tu putus dari lebihan tepi roti tu. 

pastikan jugak, roti yang ada aiskrim tu bercatum..kalau tak aiskrim akan meleleh keluar.

 lebihan roti tu, jangan buang k..nanti boleh buat puding roti ke..bingka roti ke..membazir je kan kalau dibuang..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan inilah rupa dia! simpan dalam peti 3-4 jam sebelum di goreng.

 

special thanks to Kak Marsita@Mengkuang Berduri kerana membantu CW menjadi jurugambar tak bertauliah

jangan marah ye U!
 nanti i bagi upah aiskrim goreng kat U ye =)





Tuesday 27 March 2012

BUNGA NASI KERABU ATAU BUNGA TELANG

THE ORIGINAL BLUE!

haa..hari ni kita taip entry biru2 skit ok??..sape pernah tengok bunga ni?? 

ni lah rupa bunga nasi kerabu atau nama lain, bunga telang, atau bunga kacang telang. biasa kalau guna bunga ni,..cantik je warna biru nasi tu..warna asli tak sama dengan warna pewarna yang jual kat kedai tu.. =)

bunga ni mak CW yang tanam. elok je merimbun kat kat tepi2 pagar rumah..
kalau nak buat nasi kerabu, ambik 2, 3, 4 kuntum.bersihkan..then masak sekali dengan nasi.. takpun kalau nak serata je warna biru kebiruan tu..rebuskan atau rendamkan ke dalam air panas..then air tu ambik buat masak nasi..

siapa yang berminat nak benih bunga (benih dia ala2 kacang buncis), boleh pm di facebook 

https://www.facebook.com/wan.mardziyyah

untuk resepi nasi kerabu boleh klik kat sini. =)




KEK COKLAT KUKUS

gambar kurang kualiti... : (
Bahan-bahan:
A
2 cawan tepung gandum -ayak
2 sudu teh baking powder - ayak

B
1 tin susu cair
1 cawan minyak
1 3/4 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 biji telur

C
loyang

Cara-cara:
  1. panaskan kukusan.
  2. campurkan kesemua bahan B - panaskan dengan api perlahan sehingga gula hancur
  3. matikan api.
  4. campurkan kesemua bahan A kedalam bahan B - gaulkan sebati.
  5. tuangkan ke dalam loyang. 
  6. kukus selama 1 jam/sehingga masak.


Monday 26 March 2012

GULAI DARAT IKAN DARAT


 simple yet yummy! =)


gulai ni resepi mak CW. CW tak pasti orang belah pantai barat pernah dengar ke tak gulai macam ni..tapi kalau orang pantai timur, comfirm tahu.. =) ikan darat tu contohnya ikan keli, haruan, putu, terubuk dan sewaktu dengannya lah. mungkin dengan kata lain disebut ikan sungai.



Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan - potong 4 & direndam dengan air garam sebelum ditoskan
3 cawan santan
2 sudu kecil ketumbar - ditumbuk
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci lengkuas - ditumbuk
1 inci kunyit hidupp - ditumbuk
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis
seikat daun kesum

Cara-cara:
  1. tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk
  2. masukkan santan - kacau sehingga santan menggelegak
  3. bila santan dah menggelegak, masukkan ikan
  4. masukkan daun kesum dan perasakan dengan gula dan garam
  5. matikan api bila ikan dah betul-betul masak
  6. hidangkan

Sunday 25 March 2012

APAM POLKADOT II


tak sampai seminggu, ni kali ke-2 CW mengapam & mengedot (buruk benor bunyinye kan... hehehe)
kali pertama boleh tengok kat link ni (APAM POLKADOT) yang kat atas ni CW buat sebab dapat 'order' dari abang CW untuk kawan2 kat sekolah dia. tapi, siyes lah..CW dah jatuh hati dengan apam dot2 yang comey2 dan cute2 tu! =)


Bahan-bahan:

2 cawan gandum - ayak
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
3 biji telur (gred C)
3 sudu teh baking powder - ayak bersama tepung
2 sudu teh ovalette
sedikit esen vanilla
filling strawberry atau ape saja perisa yang disukai
pewarna mengikut kesukaan
mangkuk kertas secukupnya.

Cara-cara: 
  1. pukul telur bersama gula dengan kelajuan sederhana
  2. maximumkan kelajuan apabila gula dan telur sebati - pukul sehingga kembang
  3. masukkan ovallet dan esen vanilla
  4. masukkan susu cair - pukul perlahan
  5. masukkan tepung dan baking powder - gaul sebati
  6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (CW bahagi kepada 3, pink hijau dan warna asal adunan)
  7. kemudian titiskan pewarna.
  8. masukkan adunan pink dalam piping beg dan paip kan ke dalam mangkuk kertas (separuh penuh)
  9. paipkan filling strawberry secukupnya.
  10. kemudian paipkan adunan pink tadi sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
  11. paipkan dot hijau ke atasnya.
  12. kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit.

 comel kan??

tapi yang 2 ketul ni..tercomel lah..
love!


UNTUK TEMPAHAN UNTUK APAM POLKADOT / APAM DOT DOT:

BOLEH HUBUNGI CIKWAN DI TALIAN - 016-9805192

TEMPAHAN DI SEKITAR TERENGGANU TERUTAMANYA KEMAMAN, BESUT DAN SETIU.

HARGA BOLEH DIRUNDING. 


Saturday 24 March 2012

PUTU MAYAM BERKUAH


Bahan-bahan & Cara-cara:

Putu
1 paket tepung beras
1 cawan gandum
air panas secukupnya

Cara:
  1. campurkan tepung beras dan gandum -gaulkan
  2. masukkan air panas sambil kaup balik kan tepung (hati-hati, guna senduk bukan guna tangan k  =) )
  3. agak-agak sehingga tepung dan air tu seolah-olah berpasir (jangan sampai terlebih air)
  4. biarkan setengah jam - rehatkan
  5. bila dah sejuk boleh lah bentukkan 
  6. gunakan acuan putu mayam untuk menekap. seperti dalam gambar. (klik di sini untuk lihat acuan)
  7. susunkan ke dalam kukusan - alaskan dengan daun pisang yang disapu dengan sedikit minyak
  8. kukuskkan sehingga masak

Kuah
1 biji kelapa - ambik santan
3 kerek nissan (gula melaka)
gula jika nak lebih manis
2 helai daun pandan
1 biji telur
2 sudu tepung beras

Cara:
  1. masakkan santan bersama nissan, gula dan daun pandan sehingga menggelegak.
  2. masukkan bancuhan telur yang dicampurkan dengan tepung ke dalam santan yang menggelegak
  3. kacau sehingga masak.
  4. hidangkan.






Friday 23 March 2012

MUFFIN COKLAT KUKUS




Bahan-bahan:
A
2 cawan tepung gandum -ayak
2 sudu teh baking powder - ayak
B
1 tin susu cair
1 cawan minyak
1 3/4 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 sudu teh ovalette
sedikit esen vanilla
C
mangkuk cawan secukupnya
chip coklat - jika suka

Cara-cara:
  1. campurkan kesemua bahan B - panaskan dengan api perlahan sehingga gula hancur
  2. matikan api.
  3. campurkan kesemua bahan A kedalam bahan B - gaulkan sebati.
  4. tuangkan ke dalam mangkuk cawan sehingga hampir penuh. 
  5. taburkan chip coklat
  6. kukus selama 10 - 15 minit.
NAH  AMBIK 1 
UNTUK PENGUNJUNG & PEMBACA BLOG CW!!!


 
=)

Thursday 22 March 2012

TERUNG BULAT MASAK SAMBAL

 

Bahan-bahan:

1 cawan terung bulat
5 ulas bawang merah -ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 senduk cili mesin 
1 biji cili besar - dipotong 
sedikit sos tomato
sedikit sos tiram
gula dan garam secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
  2. masukkan cili mesin 
  3. masukkan sos tomato dan sos tiram - kacau
  4. masukkan terung. kemudian tambahkan air - agak2 tenggelam terung tu
  5. perasakan dengan garam dan gula
  6. biarkan sehingga terung masak.
  7. masukkan cili potong - kacau sebati
  8. matikan api. hidangkan.
 

APAM POLKADOT

 



Bahan-bahan:

2 cawan gandum - ayak
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
3 biji telur (gred C)
3 sudu teh baking powder - ayak bersama tepung
2 sudu teh ovalette
sedikit esen vanilla
filling strawberry atau ape saja perisa yang disukai
pewarna mengikut kesukaan
mangkuk kertas secukupnya.

Cara-cara: 
  1. pukul telur bersama gula dengan kelajuan sederhana
  2. maximumkan kelajuan apabila gula dan telur sebati - pukul sehingga kembang
  3. masukkan ovallet dan esen vanilla
  4. masukkan susu cair - pukul perlahan
  5. masukkan tepung dan baking powder - gaul sebati
  6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (CW bahagi kepada 3, pink hijau dan warna asal adunan)
  7. kemudian titiskan pewarna.
  8. masukkan adunan pink dalam piping beg dan paip kan ke dalam mangkuk kertas (separuh penuh)
  9. paipkan filling strawberry secukupnya.
  10. kemudian paipkan adunan pink tadi sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
  11. paipkan dot hijau ke atasnya.
  12. kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit. 

    UNTUK TEMPAHAN UNTUK APAM POLKADOT / APAM DOT DOT:

    BOLEH HUBUNGI CIKWAN DI TALIAN - 016-9805192

    TEMPAHAN DI SEKITAR TERENGGANU TERUTAMANYA KEMAMAN, BESUT DAN SETIU.

    HARGA BOLEH DIRUNDING.
     

Tuesday 20 March 2012

STRAWBERRY CHEESE CAKE


 
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 

 Sumber Resepi: Kak Nor Secubit Garam


Bahan A (base)
250gm cream cracker (k.nor guna jenis low salt) CW guna biskut marrie coklat
200gm butter
3 sudu besar gula

Bahan B (cheese)
500gm cream cheese
350ml whipping cream
230gm gula castor
1 sudu kecik strawberry paste
1 1/2 sudu besar gelatin
100ml air

Bahan C (topping)
75ml air
1 sudu besar gelatin
1/3 cawan strawberry filling
1/2 cawan air
3/4 cawan buah strawberi
CW skip bahan C sebab CW just guna jelly nona + 1/2 cawan strawberry filling

Sedikit buah strawberi utk hiasan

Cara-cara:
A
Cairkan butter.
Ramas biskut hingga hancur dan tuangkan butter cair.
Gaul hingga sebati.
# utk lebih mudah guna K.Nor guna food processor.
masukkan biskut dan blend hingga hancur dan masukkan butter cair.
blend lg hingga sebati... lebih cepat dan biskut lebih halus.
Masukkan adunan biskut ni ke dalam loyang spring form (9") dan ratakan keseluruh loyang.
Tekan biar kemas dan padat.
Sejukkan dalam peti ais utk 1/2 jam.

B
Masukkan gelatin ke dalam air.
Panaskan dengan cara dobule boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan.
Pukul whipping cream hingga gebu dan pekat.
Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan strawberry paste hingga gula hancur dan adunan menjadi gebu.
Masukkan adunan gelatin dan pukul lagi hingga sebati.
Tuangkan adunan cream cheese ke dalam adunan whipping cream. Gaul dgn whisk hingga rata dan sebati.
Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan adunan cheese kedalamnya. Ratakan.
Sejukkan dalam peti ais 2 - 3jam utk proses beku sepenuhnya.

Masukkan gelatin ke dalam 75 ml air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut.
Kisar buah strawberi dgn 1/2 cawan air. Tak perlu terlalu halus.
Tuangkan ke dalam adunan gelatin.
Masukkan juga strawberry filling dan kacau hingga sebati.
CW skip step di atas. CW gantikan dengan jelly nona. just masakkan serbuk jelly tu bersama filling strawberry dengan sukatan air yang ditunjukkan pada kotak.
Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya.
Tuangkan adunan topping dan ratakan.
Masukkan kembali dalam peti sejuk.
Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.

 

Sunday 18 March 2012

SPAGHETTI SOSEJ

 

Bahan-bahan:

½ paket spaghetti
6 batang sosej - di hiris
3 biji bawang putih - ditumbuk
1 tin tomato puri
1 biji tomato - didadu
1 senduk sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 batang lobak merah - didadu
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis dan merebus spaghetti.

Cara-cara:
  1. rebuskan spaghetti, masukkan sedikit minyak kedalam air rebusan
  2. toskan spaghetti setelah ia masak - alirkan dengan air.
  3. tumiskan bawang putih, masukkan puri tomato, sos cili dan sos tiram - kacau
  4. masukkan lobak merah, kemudian masukkan sosej, tambahkan air jika perlu.
  5. perasakan dengan garam gula.
  6. tutupkan dan hidangkan.



Thursday 15 March 2012

NASI KERABU


Bahan-bahan & Cara-cara:

Nasi
3 cawan beras (beras siam)
1 helai daun pandan
1 batang serai
6 cawan air
sedikit daun limau purut
sedikit pewarna biru

Cara-cara:
basuh beras & masakkan bersama semua bahan-bahan

Sambal kelapa
1 biji kelapa parut - goreng
3 ekor ikan selayang - direbus dan diambil isinnya
5 ulas bawang merah - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 labu bawang besar - dihiris halus
1 biji lada besar - dimayang
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
Campurkan semua bahan-bahan dan gaul rata.


Sambal tumis
2 kotak santan segera
1 cawan air
1 keping asam gelugor
8 ulas bawang merah - ditumbuk
1 senduk cili mesin
belacan - sebesar ibu jari
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara: 
campurkan santan bersama air. masakkan di atas kuali. masukkan kesemua bahan. kacau selang beberapa minit. masak sehingga pekat.

Ulaman
*kubis
taugeh
*timun batang
*bunga kantan

Cara-cara:
semua * di hiris halus

tambahan: hidangkan bersama telur masin & keropok goreng


Sunday 11 March 2012

KERABU PEGAGA BERSAMA BUNGA KANTAN




Bahan-bahan:

1 ikat pegaga daun lebar - Dihiris halus 
1 batang bunga kantan - dihiris halus
4 ulas bawang merah - Ditumbuk bersama ikan
1 cawan kelapa goreng - Ditumbuk
2 ekor ikan selayang - Direbus dan diambil isinya
1biji limau nipis 
2 tangkai cili padi - Dihiris halus
sedikit belacan tumbuk -jika suka
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Pegaga dan bunga kantan digaulkan bersama semua bahan-bahan lain kecuali limau nipis. setelah sebati, perahkan limau nipis. Jika sukakan masam, bleh tambahkan sedikit cuka.

 


 





ROTI SIMPLE



Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
1 peket mauripan yeast
1/2 cawan gula
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
Air secukupnya
1 biji telur (tak nak pun takper) 
(CW tambahkan 3 paket 3 in 1 nesvita)
CW pukul 1 biji telur untuk disapukan ke atas roti sebelum dibakar

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan dan uli dengan air sehingga tidak melekit
  2. Biarkan doh selama 30 minit
  3. Dengan menggunakan penggelek (rolling pin), leperkan doh dan bentuk semula menjadi bentul asal(membulat).
  4. Biarkan selama 20 minit dan boleh dibentuk ke dalam acuan yg disukai.
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah celcius.  


doh roti selepas diuli dan dibiarkan/direhatkan selama lebih kurang 30 minit

 
 doh yang dibulatkan dan disusun ke dalam acuan 

 
 setelah direhatkan 20 minit, sapukan telur ke atas doh..kemudian bakar..kemuadian....hasilnya,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
roti bam bam... =)


lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...