Sumber Resepi: Kak Nor Secubit Garam
Bahan-bahan:
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan) (CW gantikan dengan isi ayam kisar)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam (CW tak letak)
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus (CW tak letak)
1 biji cili merah ~ dihiris halus (CW tak letak)
CW tambahkan 1 biji kentang rebus yang dipotong dadu
sedikit garam dan gula
minyak
12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris (CW tak letak)
8 kpg slice cheese
cheddar cheese ~ diparut (CW guna mozarella cheese yang dah diparut)
Cara-cara:
sedikit garam dan gula
minyak
12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris (CW tak letak)
8 kpg slice cheese
cheddar cheese ~ diparut (CW guna mozarella cheese yang dah diparut)
Cara-cara:
Utk membuat inti
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar. Goreng hingga bawang layu dan masukkan paste tomyam.
Goreng hingga wangi dan masukkan air. Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul. Masukkan daun limau purut dan cili merah. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu banyak garam sbb biasanya paste tomyam dah masin) Goreng hingga kering dan padamkan api.
Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.
Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.
Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati. Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang. Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan. Tabur dgn daun saderi ke atas daging tadi. Susun slice cheese ke atasnya. Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir. Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese. Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika. Potong dan hidangkan dgn sos cili.
TERIMA KASIH UNTUK KAK NOR YANG SHARE RESEPI YANG SANGAT SEDAP! =)
No comments:
Post a Comment