Thursday 18 July 2013

PUDING ROTI SEMANIS KURMA


Bahan-bahan:

10 keping roti
1 tin susu cair*
2 biji telur*
2 sb tepung jagung*
2 sb gula halus*
10 biji kurma*
1/2 cawan kismis

Cara-cara:

panaskan oven 170 darjah celcius
blend ke semua bahan bertanda *
sediakan bekas/acuan atau gunakan bekas aluminum seperti yang CW gunakan
setiap keping roti dipotong kpd 4 bahagian
celupkan roti ke dalam adunan yang di blend kemudian susun ke dalam acuan
taburkan kismis bagi setiap lapisan
akhir skali tuang lebihan adunan blend tadi kedalam acuan
biarkan seketika (10-15 minit)
kemudian bakar lebih kurang 30 minit


sebelum dibakar




*untuk kesedapan tahap maksima...hidangkan bersama curahan sos/sirap coklat :)) 








Wednesday 17 July 2013

TEMPE GORENG SAMBAL BILIS


Sumber Resepi: Azie Kitchen

Bahan-bahan:

1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
1 pek tempe - hiris nipis dan goreng garing
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah - tumbuk
Gula
Garam
Minyak untuk menumis

CW tambah; 1 batang serai, 1 labu bawang besar dan 3 tangkai cili api

Cara-cara:


Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar, serai yang dihiris nipis, bawang besar serta cili api yang dipotong serong. 
Setelah wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.
Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.










Sunday 14 July 2013

KEYWORDS POPULAR SEPANJANG RAMADHAN

assalamualaikum readers. 

alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-5 berpuasa. meh tengok sikit apa yang dicari-cari kat blog CW yang suam2 kuku ni. nak buat cam mana..tuan blog tak berapa nak rajin nak hapdet... :|

keywords harini

keywords sepanjang minggu.

nampaknya biskut sarang semut memang menjadi pujaan hati 'penggugel'. Dah start buat biskut ye??


bulan puasa..pengunjung blog pun meningkat..agaknya semua orang sibuk duk pk then gugel resepi je kan.. :p


Harini nak masak apa?? 

ikan patin masak tempoyak, sambal bilis tempe dan kailan ikan masin 
InshaaAllah jadi hidangan berbuka kami kalau tak ada aral melintang. bahan2 semua dah ready.. :) 
Tunggu masa nak 'bersilat' je petang ni.



Wednesday 10 July 2013

KEK BATIK MARIE




assalamualaikum readers sekalian. menu apa berbuka hari ni?? :) masak yang sedap2 ye...



CW punya menu harini, ayam paprik dengan telur tumis/sambal...yang ni je bermain2 dalam kepala dari semalam.. kuih?? teringin nak buat onde2 atau buah melaka...tapi kelapa parutnya enggak ada! (kalau kat kampung comfirm mak yang buatkan... (T T) )nak habis kan apa yang ada kat rumah dulu..wiken ni baru nak shoping barang dapur.



Pssstttt...kek batik marie kat atas tu..CW buat last week..dah banyak kali buat kek batik guna resepi Kak Ummi ni (Boleh klik kat link ni: KEK BATIK MARIE) Kebetulan masa tu teringin sangat nak makan yang manis2.. so apa lagi, buat 1 adunan :)



SUMBER RESEPI: KAK UMMI HOME SWEET HOME

Bahan-bahan:

500 gm biskut marie - patah 4
250 gm butter
4 biji telor gred A - pukul sikit
3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
(boleh rasa dan agak2 ikut tekak masing-masing bila campur sume)
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil nescafe

Cara Membuat:
  • Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api.
  • Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
  • Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu.
  • Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong.






RAMADHAN :))



Alhamdulillah for the blessing and opportunity given to us to meet Ramadhan again this year. 

Month of Quran, month of Ibadah, month of CHANGE. 

We strive for the better. 

A small change in this month may bring huge changes in our life. Ameenn.


Have a Blessed Ramadhan All! 

RAMADHAN MUBARAK!


  

Much love from me, CW 

Wednesday 19 June 2013

STEAMED BANANA CAKE


Bahan-bahan:

200 g pisang
200 g tepung gandum - diayak
180 g gula halus
120 g mentega - dicairkan
3 biji telur
1 sk soda bikarbonat - diayak
1 sk baking powder - diayak
2 sk ovalette
3 sb susu cair
secubit garam

Cara-cara:

1.Panaskan kukusan (api sederhana)
2.Putar telur bersama ovalette hingga kembang
3.Blend pisang bersama gula halus, mentega cair, susu cair dan secubit garam
4.campurkan adunan 1 & 2.
5.masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan gaul sehingga sebati
6.tuangkan ke dalam acuan (CW guna acuan loaf)
7.kukus 35-40 minit atau sehingga masak (balut tudung kukusan dengan kain atau alaskan dengan aluminum foil)




pssssttt..jangan lupa like FB FANPAGE @Dapurcikwan ye



Tuesday 18 June 2013

KUIH BAKAR PANDAN


assalamualaikum dan salam sejahtera readers!

harini mood ter...rajin sikit.....sambil2 nak tunggu maghrib jap lagi. Hari2 masak je keja. Harini kita rest la. boring jugak buat rutin yang sama. Lagi pun hubby kata harini biar dia yang masak.....huhu.betul ke ni?? macam tak caye je kan...tapi dalam hati kata "YES"....hihi.. terima kasih bagi i cuti!

ok. dah tengok gambar kat atas tu... kuih bakor je pun kan...... tapi kuih bakor ni lain sikit... kuih bakor ni sempena perasmian oven baru... =) oven hadiah drpd ex-housemate sempena wedding haritu.. tengs ya! u all.. 


Resepi dari blog Kak Azie. Terima kasih ye kak.. =) Next time bleh buat lagi ni..... sedap! 

Resepinya di sini;





Monday 17 June 2013

PUDING SUSU BUNGA MATAHARI


salam & hai readers..

lama betul tak luangkan masa upload gambar dan resepi kat blog ni. kehidupan akhir2 ni memang banyak berubah terutama selepas berumahtangga. alhamdulillah..syukur..dapat suami yang rajin, ngeh2..pandai jugak memasak.. =)

dalam list dah berjela-jela nak try resepi baru...tapi belum kesampaian. puding kat atas tu pun dah berzaman buat.. ni baru nak share2 resepi kat sini..

Oh ya! Mould bunga matahari tu CW beli dari Kak Reen Khan. comel tak??
jenuh nak buat kaler2 macam tu.. tu yang tak berapa nak jadi tu... tapi ok lah kan... untuk kali pertama. next time kita buat biar lagi cantik. ok!

Bahan-bahan:


10 gm agar2 serbuk
900 ml air
300 ml susu segar
250 gm gula 
1 biji telur
1 sk esen vanila
1/2 sk pewarna kuning
1/2 sk pewarna hijau
sedikit pewarna coklat


Cara-cara:


1) masak serbuk agar-agar bersama air dan gula
3) bila agar2 dan gula dah menggelegak/masak, kecilkan api dan masukkan susu segar.
4) ambil lebih kurang 2-3 sudu besar dan campurkan dengan pewarna coklat
4) lebihan agar2 tadi dibahagi kepada 2 bahagian, 1 bahagian diwarna dengan kuning, dan satu lagi diwarnakan dengan hijau
5) tuangkan adunan warna coklat ke tengah mould (ikut bentuk mould). sejukkan seketika di dalam peti ais. 5-10 minit
6) kemudian tuangkan agar2 warna kuning ke dalam mould. sejukkan dalam peti ais 10-15 minit
7) akhir sekali, tuangkan agar2 warna hijau. sejukkan dalam peti ais.
8) boleh keluarkan dari mould bila agar2 tu dah membeku. dan lihatlah hasilnya.



┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌

selamat mencuba!









Wednesday 5 June 2013

KERABU DAUN SELOM

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.
lama betul CW tak kongsi resepi kat sini. harini nak share satu resepi yang dah berkurun CW buat. resepi ni mudah, CW belajar dari Ummi CW. selain dari daun selom, boleh gantikan dengan daun2/ulam2 lain yang sesuai...atau boleh gantikan dengan mangga muda.. perghhh..meleleh liur. =P
 

Bahan-bahan:

1 ikat daun selom  - Dihiris
4 ulas bawang merah - Ditumbuk bersama ikan
1 cawan kelapa goreng - Ditumbuk
2 ekor ikan selayang - Direbus dan diambil isinya
1biji limau nipis
2 tangkai cili padi/merah - Dihiris halus
sedikit belacan tumbuk -jika suka
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:

hirisan daun selom digaulkan bersama semua bahan-bahan lain kecuali limau nipis. setelah sebati, perahkan limau nipis. Jika sukakan masam, bleh tambahkan sedikit cuka.







kawan2. jangan lupa like page @dapurcikwan di facebook.
klik link kat bawah ni ye

Friday 17 May 2013

LAKSA KELANTAN



Ekpress update.

Jangan lupa cuba resepi mudah ni!



Bahan-bahan:



1 paket laksa segera direndam dan direbus - toskan
1/2 kg ekor ikan selayang atau kembung - dipanggang tawar dan diambil isinya
1 biji kelapa diambil santannya
7 biji bawang merah
1/2 inci halia
1/2 sk lada hitam
2 keping asam gelugur
1 batang timun
1 ikat pucuk gajus
1 ikat kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
1 genggam taugeh
sedikit belacan
sedikit cili giling
gula & garam secukupnya


Cara-cara:


Tumbuk halia, lada hitam, bawang merah bersama isi ikan
Jerang santan dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama keping asam gelugur dan belacan.
Kacau sehingga mendidih
perasakan dengan garam dan gula
untuk ulam2an, potong halus dan letakkan dalam bekas berasingan. sertakan sekali belacan , garam dan cili giling 
Ketika hendak makan barulah dituangkan kuahnya



=))


Thursday 16 May 2013

KEK COKLAT COMEL & SELAMAT HARI GURU



SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA YANG BERGELAR GURU.

KEGIGIHAN MU DALAM MENDIDIK TIDAK AKAN KAMI LUPAKAN.

TERIMA KASIH! =))


last mint order drpd Ummi Aziq. 

kek coklat comel ni untuk Aziq bawak ke Tadika.

Untuk resepi: KLIK SINI







Monday 13 May 2013

DAPURCIKWAN TURNS 2 TODAY. YEAY!!!!


Assalamualaikum & selamat sejahtera readers!


My blog DAPURCIKWAN is turning two today. 

:))

I can’t believe how fast time flies.

dan sebenarnya...rasa macam baru lagi..

hmm.. korek2 balik post yang lama2 jumpa jugak post masa ulangtahun tahun yang pertama dulu..

SETAHUN TELAH BERLALU. <------------ boleh baca kat sini.

For my blog's second anniversary, I've decided to share some of my  blog's stats to show
 
how far I've come.


follower yang makin bertambah =) 

and

visitors all over the world.




total post sepanjang 2 tahun ialah sebanyak 180.









CW print screen, paste and share kat sini untuk kenang-kenangan...




My blog and I would not be the same without the people who read, comment, and share.

THANK YOU!

Thank you to everyone!
 
for your continued support! Here's to another awesome year of blogging!


=))




Thursday 9 May 2013

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN


Assalamualaikum & salam sejahtera readers!

apa khabar? masih dalam mood PRU?? 

CW pertama kali mengundi tahun ni..dulu terlepas peluang..plus2 masa tu belum ada kesedaran..

apa pun yang berlaku.. hidup mesti diteruskan =)



sekarang ni CW memang jarang sangat bukak blog..walaupun sebenarnya, banyak 

gambar..resepi yang dah dicuba..tapi masih belum sempat nak letak kat blog.. macam biasalah...

alasan: takde masa..hihihi... ┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌ 

semua nak buat..nak buat itu..nak buat ini.. resepi dalam waiting list pun dah makin panjang..




Anda tergoda tak dengan gambar di atas tu???

CW pertama kali tengok dekat blog Kak Ummi. kebetulan masa tu ada balance roti...terus godek2 buat..mabeless..lemak2 bkrim!



klik pada link bawah ni untuk resepi;

http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/10/bingka-roti-kukus-pandan.html






ramai yang duk sebar kat FB pasal harga roti dah naik... OTW balik kampung karang kita terjah kedai.. 

apa pun jangan lupa cuba resepi ni ye. 
senang. cepat & sedap!






Monday 29 April 2013

CEKMEK MOLEK @ MEK COMEL


assalamualaikum & salam sejahtera readers!

harini CW nak share satu resepi yang mudah, cepat dan sedap.. =)

kuih tradisional cekmek molek @ mek comel ni memang salah satu kuih yang CW suka.... sekali skala nak makan kuih kegemaran kita..buat sendiri lagi puas hati..sebabnya bleh taruk gula banyak mana yang kita suka...biasa beli kat kedai tak puas hati sangat, sebab kadang2 tak terasa pun air gula kat dalam tu... paling nikmat makan kuih ni bila air gula keluar meleleh, pastu....slurrrppppppp...hihihi..hati2 ye... 
(tidak digalakkan tiru cara CW ni ye...)




Bahan-bahan:

2 cawan ubi keledek rebus
1 cawan tepung gandum
gula secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

gaul dan uli ubi keledek rebus bersama tepung. bahagi doh kepada 10-12 bahagian. kepal setiap bahagian. (agak2 saiz sebesar bola ping pong). leberkan setiap doh tadi, dan masukkan satu sudu kecil gula. tutup rapat2. bentukkan seperti dalam gambar di atas. panaskan minyak, guna api perlahan. goreng sehingga masak/keperangan.




sumber gambar: diaripetani.com

CW gunakan ubi keledek seperti gambar di atas ni lah. isinya putih, rasanya manis...makan yang direbus pun dah boleh rasa manis tu.




Wednesday 24 April 2013

AGAR-AGAR LAPIS MARIE




assalamualaikum & salam sejahtera readers!

resepi dah banyak yang dicuba, cuma tak sempat nak update dekat blog..

sekarang ni ada sikit masa dan sikit kerajinan.. CW nak update resepi terbaru! =)

AGAR-AGAR LAPIS MARIE

resepinya sangat mudah, CW guna resepi basic agar2, cuma tambah santan dan biskut marie.




Bahan-bahan:

10 gm agar2 serbuk
1000 ml air
200 ml santan
250 gm gula 
1 biji telur
100 gm biskut marie
1 sk pewarna kuning

Cara-cara:

1) masak serbuk agar-agar bersama air, gula dan pewarna kuning
2) susun lapisan biskut marie di dasar loyang 
3) bila agar2 dan gula dah menggelegak/masak, kecilkan api dan ambik lebih kurang 1/4 cawan dan curahkan perlahan-lahan ke atas lapisan biskut marie.
4) ambil lagi 1/4 cawan adunan agar2 tadi dan ketepikan
4) masukkan santan yang telah dicampurkan dengan telur ke dalam periuk adunan agar-agar tadi dan kacau sehingga masak.
5) tuangkan adunan agar-agar bersantan ke dalam loyang
6) susun biskut marie dilapisan atas
7) akhir sekali, ambil 1/4 cawan agar-agar tadi, dan tuangkan dengan perlahan sebagai lapisan teratas.

*untuk dapat layer yang cantik, kena pastikan layer by layer tu betul2 sejuk, masa CW buat ni, tak sempat nak tunggu...nak kejar masa.




Hubby suka sangat agar2 ni, tambah2 letak biskut...dah jadi ala2 puding gtewww ^^

gabungan biskut marie yang dengan santan memang superb best =)






SELAMAT MENCUBA!



Tuesday 16 April 2013

PUDING JAGUNG


Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers! CW sangat sibuk lately nih..lepas kawen, bercuti..masuk kerja 2 hari je..pastu almost a week berperang dengan final exam. now, im free! lalalalalala..

masih rasa kekok sebenarnya, lepas kawen... hidup memang totally change! 

dari bangun pagi sampai tutup mata..dah tak boleh nak pentingkan diri sendiri... 
tapi..yang penting, hidup lebih baik... gembira dan bahagia =)

OK.. jom layan resepi Puding Jagung ni dulu. resepi mudah, cepat dan sedap.


Bahan-bahan:

10 gm agar-agar serbuk
1200 ml air masak/tapis
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastad
1 sk pewarna kuning

1 tin jagung manis/krim jagung

Cara-cara:

  1. masak agar-agar serbuk bersama gula dan air
  2. bila semua dah larut, masukkan tepung jagung dan tepung kastad yang telah dibancuh dengan susu cair.
  3. masukkan krim jagung dan pewarna kuning
  4. bila dah agak pekat matikan api
  5. tuang/sejukkan ke dalam loyang.
  6. sejukkan di dalam peti ais.



puding jagung ni salah satu faveret suami CW. dia memang hantu puding! asal nama puding, yang ada agar2..semua dia suka..... kalau bagi onde2, kuih koci, tepung pelita... jangan harap dia nak makan.. hihihi..baguskan..sebab CW tak pandai sangat buat kuih tradisional ni...

Alhamdulillah, after 2 weeks kawen.. CW belum pernah gagal sediakan makan minum dia, terutamanya BF sebelum dia pegi keja, siap bungkus@tapau lagi..walaupun kadang2 hanyalah sekeping roti bakar atau sekeping roti canai segera.... :/

hmm..apepun, syukur sangat2...tuhan bagi CW kesihatan yang baik dan cukup ruang waktu untuk buat semua tu. harap2 semangat dan sikap ni akan kekal sampai bila2.. =)) 

Oh.sungguh manis rupanya hidup berumahtangga! hehehe.

Sekian.. laporan untuk harini. Jangan lupa cuba resepi Puding Jagung tu!




lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...