tak sampai seminggu, ni kali ke-2 CW mengapam & mengedot (buruk benor bunyinye kan... hehehe)
kali pertama boleh tengok kat link ni (APAM POLKADOT) yang kat atas ni CW buat sebab dapat 'order' dari abang CW untuk kawan2 kat sekolah dia. tapi, siyes lah..CW dah jatuh hati dengan apam dot2 yang comey2 dan cute2 tu! =)
Bahan-bahan:
2 cawan gandum - ayak
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
3 biji telur (gred C)
3 sudu teh baking powder - ayak bersama tepung
2 sudu teh ovalette
sedikit esen vanilla
filling strawberry atau ape saja perisa yang disukai
pewarna mengikut kesukaan
mangkuk kertas secukupnya.
Cara-cara:
- pukul telur bersama gula dengan kelajuan sederhana
- maximumkan kelajuan apabila gula dan telur sebati - pukul sehingga kembang
- masukkan ovallet dan esen vanilla
- masukkan susu cair - pukul perlahan
- masukkan tepung dan baking powder - gaul sebati
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (CW bahagi kepada 3, pink hijau dan warna asal adunan)
- kemudian titiskan pewarna.
- masukkan adunan pink dalam piping beg dan paip kan ke dalam mangkuk kertas (separuh penuh)
- paipkan filling strawberry secukupnya.
- kemudian paipkan adunan pink tadi sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
- paipkan dot hijau ke atasnya.
- kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit.
comel kan??
tapi yang 2 ketul ni..tercomel lah..
love!
UNTUK TEMPAHAN UNTUK APAM POLKADOT / APAM DOT DOT:
BOLEH HUBUNGI CIKWAN DI TALIAN - 016-9805192
TEMPAHAN DI SEKITAR TERENGGANU TERUTAMANYA KEMAMAN, BESUT DAN SETIU.
HARGA BOLEH DIRUNDING.
Salam..pagi2 dah nampak apam dotdot..gebuss elok je nampaknye..
ReplyDeletesalam cikwan...nnt jgn lupa pos apam tu kat akk yer...hihihihi
ReplyDeletesalam cik wan.
ReplyDeleteamboi..dot2 yer..rajin tue..nak ckit bole?.