Sunday, 2 October 2011

KUIH CARA


Bahan-bahan:

 2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 hingga 4 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya 
2 sudu besar minyak & 2 sudu besar telur kuning - untuk disapu pada acuan kuih

Cara membuat:


Acuan
  1. Panaskan acuan kuih cara dengan api perlahan.
  2. Sapukan campuran telur dan minyak pada acuan.
Adunan
  1. Blender daun pandan bersama santan, kemudian tapiskan.
  2. Campurkan sedikit pewarna hijau mengikut keperluan.
  3. Masukkan gandum, telur dan garam - kacau dan tapiskan supaya tidak berketul.
  4. Masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan tadi.
  5. Letakkan gula di tengah-tengah kuih, anggaran setengah sudu gula setiap biji.
  6. Tutup acuan dengan tudung periuk yang bersesuaian.
  7. Pastikan anda menggunakan api yang perlahan.
  8. Angkat bila betul2 masak.
  9. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...