Sunday, 2 October 2011

PUDING ROTI KARAMEL



Bahan-bahan:

5 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
3 sudu besar air
4 - 5 keping roti
3 biji telur
1 tin susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
sedikit esen vanila
sedikit kismis - untuk hiasan


Cara-cara:
  1. Panaskan kukusan
  2. Masak gula hangus (gula dan air) untuk karamel, kemudian tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
  3. Kisarkan roti bersama susu pekat, susu cair, esen vanila dan telur.
  4. Tapiskan
  5. Kemudian, masukkan adunan ke dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus sehingga masak.
  6. Hiaskan dengan kismis.
  7. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...