500 gram tepung pulut
5 sudu besar tepung beras
4-5 helai daun pandan (blender bersama sedikit air dan tapiskan)
1 keping gula Melaka (dipotong dadu)
Air secukupnya (untuk adunan & merebus)
Kelapa parut
sedikit garam
Cara-cara
- Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.(untuk merebus)
- Gaul tepung pulut dan tepung beras bersama air dan air daun pandan. Adunkan menjadi doh.
- Ambil sedikit adunan, sebesar ibu jari dan bulatkan, kemudian leperkan dan letakkan gula melaka.
- Bulatkan sekali lagi. Susun di dalam bekas, dan jarakkan supaya tidak melekat.
- Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
- Gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.
- Hidangkan.
No comments:
Post a Comment