Tuesday, 9 October 2012

KEK KARAMEL CHOC MOIST


Salam dan selamat sejahtera. 

kali ni CW nak kongsikan resepi yang CW cuba minggu lepas. hasilnya memuaskan, walaupun sedikit cerewet sebab oven yang CW gunakan kecik, setup untuk water-bath tu tak berapa ok kot..so bahagian tengah kek kurang masak. apa2 pun kek ni sedap. =) Selamat mencuba!


SUMBER IDEA: FB MLONG TIPAH & KAK IZAH



1) UNTUK GULA HANGUS

2 sudu besar gula

CARA

- taburkan di dalam loyang kek, buat gula hangus - pastikan guna api perlahan
- setelah kesemua gula cair dan hangus, matikan api.

2) UNTUK KARAMEL (cikwan gunakan loyang 8'' - tebal untuk karamel lebih kurang 1 cm)

1 cawan susu sair
3/4 cawan susu pekat (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 sk esen vanila
3 biji telur

CARA

- panaskan pengukus yang berisi air, pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain/aluminium foil
- campurkan kesemua bahan karamel
- kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih
- tapiskan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi
- kukuskan selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak (pastikan air kukusan betul-betul panas  / menggelegak)

- boleh sediakan adunan untuk kek sementara menunggu karamel masak.
- setelah masak matikan api dan alihkan daripada kukusan

3) UNTUK KEK

BAHAN A

1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair/susu segar
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis
3/4 cawan serbuk koko

BAHAN B

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

BAHAN C

3 biji telur
1 sk esen vanila

CARA

- sediakan air di dalam bekas yang lebih besar untuk proses steam bake. letakkan di lapisan bawah di dalam oven.kemudian panaskan oven pada suhu 180 darjah.
- campurkan kesemua bahan A. larutkan di atas api sederhana. matikan api, dan biarkan ia sejuk.
- campurkan bahan C dan pukul sehingga gebu, kemudian masukkan ke dalam bahan A yang di larutkan tadi.
- kemudian campurkan sedikit demi sedikit bahan B yang telah diayak. kacau sebati.
- tuangkan ke dalam loyang karamel yang telah masak tadi.
- masukkan ke dalam oven, dengan suhu 180 darjah, bakar selama 1 jam 10 minit ( atau sehingga masak)
- bila kek dah masak, sejukkan dan biarkan ia meregang dari tepi loyang
- terbalikkan kek di atas pinggan/alas kek yang sesuai
- sedia dinikmati =)

**(cikwan simpan dalam peti ais lebih kurang semalaman. hasilnya lebih enak)








1 comment:

  1. memang sedap ni...baru aje buat bbrp minggu lepas.

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...