Wednesday, 2 May 2012

Khao Neow Ma-Muang @ Pulut Mangga


Alhamdulillah, dapat jugak merasa pulut mangga ni... kalau pegi kelantan..pendek kata, wajib cari dan beli.. CW biasa makan dekat area rantau panjang...seingat CW masa outstation bulan 3 hari tu pun makan jugak dekat jalan hospital Kota Bharu...

gambar yang dekat atas tu plak CW snap masa makan dekat food court Mesra Mall last week. hajatnya nak makan menda lain..tapi tetiba je terpandang gerai SAMSABA TOMYAM yang iklan kan special desert ni . terus order 1. Dalam gambar kemain la cantik...siap ada bunga bagai!...at last yang sampai..gitu je.. 

rasa?????? not bad k! ...CW agak2 dia guna santan kotak kot...mebi kalau improve guna fresh santan...hari2 CW order... =D

Nanti nak cuba buat sendiri la..CW dan intai blogger masakan yang dah cuba buat pulut mangga ni...antaranya... Kak Jee, Kak Ros Jintan Manis  & Kak Inahar.


sekian....

MUFFIN JAGUNG

 

semalam buat eksperimen lagi. try buat muffin jagung. puas hati sangat bila eksperimen kali ni menjadi. suka sangat! biasanya lah..kalau 1st time buat apa2 mesti tak jadi..atau ada je yang kurang..ada je yang tak kena. tapi kali ni memang betul2 puas hati.


Ni semua idea drpd MK. dia yang minta buatkan sesuatu untuk bawak ke ofis dia. mulanya nak buat puding jagung..tapi dia plak yang tak nak...nak muffin jugak. kelengkapan nak buat muffin tu masih kurang.. so guna la apa yang ada. cup plak tinggal yang saiz cute miut je..
mau tak lenguh makcik nak habiskan satu adunan tu.


Bahan-bahan:
200 gm tepung gandum - ayakkan
120 gm mentega - dicairkan
120 gm gula perang
1 cawan susu cair
1 cawan krim jagung manis
3 sk baking powder - ayakkan
1 sk esen vanila
2 biji telur
secubit garam
coklat chip untuk hiasan


Cara-cara:
  1. Campurkan telur, esen vanila dan gula perang - pukul perlahan
  2. masukkan susu cair, garam dan mentega - gaul lagi sehingga sebati
  3. tambahkan tepung sedikit demi sedikit sambil menggaul berselang seli dengan krim jagung sehingga habis
  4. masukkan ke dalam acuan muffin. hiaskan dengan coklat chip dan bakar 25-30 minit dengan suhu 170 darjah celcius. api atas dan bawah.

Tuesday, 1 May 2012

APPLE PIE @ PAI EPAL


Pai epal ni request dari MK. Tetiba je dia belikan 1 plastik epal. 
"Nah, ambik..nak makan pai...." 
amboi2...nasib baik kena penyakit rajin harini kan.... kalau tak malas nak melayan. 

CW tak pernah buat pai sebelum ni...memandai je la... ikut resepi step by step CMG. tapi alhamdulillah, menjadi eksperimen harini... boleh tahan! sedap!

part nak canai tu rumit skit...may b sebab dough sedikit keras...CW terkurang air rasanya...terkial2 jugak nak mencanai tadi.. 

CW memang ikut sebijik2 resepi CMG tu..cuma epal tu CW lebihkan. CW guna 4 biji. CMG guna 3 biji. 
nampak kecik2 epal yang MK beli tu...tu yang lebihkan.

Sila ke blog CMG untuk resepi ye... TQ so much ye CMG! =)

 

  love it!


lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...