Monday 17 June 2013

PUDING SUSU BUNGA MATAHARI


salam & hai readers..

lama betul tak luangkan masa upload gambar dan resepi kat blog ni. kehidupan akhir2 ni memang banyak berubah terutama selepas berumahtangga. alhamdulillah..syukur..dapat suami yang rajin, ngeh2..pandai jugak memasak.. =)

dalam list dah berjela-jela nak try resepi baru...tapi belum kesampaian. puding kat atas tu pun dah berzaman buat.. ni baru nak share2 resepi kat sini..

Oh ya! Mould bunga matahari tu CW beli dari Kak Reen Khan. comel tak??
jenuh nak buat kaler2 macam tu.. tu yang tak berapa nak jadi tu... tapi ok lah kan... untuk kali pertama. next time kita buat biar lagi cantik. ok!

Bahan-bahan:


10 gm agar2 serbuk
900 ml air
300 ml susu segar
250 gm gula 
1 biji telur
1 sk esen vanila
1/2 sk pewarna kuning
1/2 sk pewarna hijau
sedikit pewarna coklat


Cara-cara:


1) masak serbuk agar-agar bersama air dan gula
3) bila agar2 dan gula dah menggelegak/masak, kecilkan api dan masukkan susu segar.
4) ambil lebih kurang 2-3 sudu besar dan campurkan dengan pewarna coklat
4) lebihan agar2 tadi dibahagi kepada 2 bahagian, 1 bahagian diwarna dengan kuning, dan satu lagi diwarnakan dengan hijau
5) tuangkan adunan warna coklat ke tengah mould (ikut bentuk mould). sejukkan seketika di dalam peti ais. 5-10 minit
6) kemudian tuangkan agar2 warna kuning ke dalam mould. sejukkan dalam peti ais 10-15 minit
7) akhir sekali, tuangkan agar2 warna hijau. sejukkan dalam peti ais.
8) boleh keluarkan dari mould bila agar2 tu dah membeku. dan lihatlah hasilnya.



┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌

selamat mencuba!









3 comments:

  1. woww!!mmg cantik bentuk bunga nya tuh..boleh ke guna agar-agar tali?

    ReplyDelete
  2. Awwwww..!!!!! Comelnya cik wan... Nak frame kan aja rasa... Sayang nak makan....

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...