kalini CW nak kongsikan 1 resepi yang CW pernah cuba buat dulu..tapi masa tu blog dapurCW ni masih belum wujud.. masa tu memang minat memasak..cuba kerajinan dan semangat untuk berblog tu masih belum ada. sedikit kelainan daripada trifle biasa yang menggunakan kek gulung atau swiss roll, CW gantikan dengan roti butterscotch. roti jenis ni sememangnya sedap, dengan sedikit manis2 dan sememangnya kena dengan selera CW.
Bahan-bahan:
6 keping roti butterscotch
1 tin laici
1 paket jelly NONA perisa strawberry (masak mengikut keterangan di belakang kotak)
Untuk lapisan kastard
200 ml fresh milk
100 ml sirap daripada tin laici
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
(satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana sehingga masak dan pekat)
Cara-cara:
- Buang tepi roti dan setiap keping potong kepada 4.
- Gunakan 3 keping roti untuk lapisan pertama. susun di dalam acuan/loyang. CW guna mangkuk pyrex.
- Sapukan dengan sirap laici.
- Lapiskan dengan adunan kastad.
- Kemudian lapiskan sekali lagi dengan roti.
- Sapukan dengan sirap laici.
- Dan akhir sekali, tuangkan jelly.
- Hiaskan dengan buah laici dan simpan di dalam peti ais. agak2 dah sejuk dan jelly dah beku. bolehlah hidangkan.
No comments:
Post a Comment