Saturday, 30 June 2012

BISKUT AISKRIM OREO


Jom buat biskut.. =) kanak2 mesti suka ni. kepada kawan-kawan atau adik, kakak blogger yang berminat...bolehla cuba buat ye..dah ada yang bertanya masa CW upload gambar ni di FB...ambik order untuk raya ke?? rasanya macam tak..sebab takut tak sempat.


CW dapat ilham untuk buat biskut raya ketika sedang menikmati biskut oreo..tetiba je datang mood nak buat sesuatu daripada oreo tu. masa tu terfikir dua benda. oreo cheese cake dan biskut raya. tapi disebabkan cheese cake oreo tu dah terlalu biasa sangat org buat, CW cuba la buat biskut raya.



BISKUT AISKRIM OREO

Bahan-bahan;

170 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
¼ sudu teh serbuk penaik
110 gm majerin
70 gm gula aising
6 keping biskut oreo
20 gm lemak sayuran
1 sudu teh esen vanila
250 gm coklat putih
Manik gula warna-warni

Cara-cara;

  1. Kisar halus biskut oreo.
  2. Ayakkan semua jenis tepung bersama serbuk penaik.
  3. Pukul mentega bersama lemak sayuran, esen vanila dan gula aising sehingga lembut dan  gebu.
  4. Masukkan adunan tepung dan serbuk oreo ke dalam adunan majerin tadi.
  5. Adunkan dan uli sehingga menjadi doh.
  6. Canai doh dan terapkan dengan acuan berbentuk aiskrim
  7. Bakar pada suhu 180°c selama 15-20 minit.
  8. Setelah sejuk bolehlah dihiaskan dengan coklat putih yang dicairkan.
  9. Taburkan manik gula warna-warni.
  10. Keringkan dan simpan di dalam bekas kedap udara



13 comments:

  1. salam cik wan.....
    mmmmm......!!!!!cantik warnanya pasti sedapkan....
    anak yan mesti suka ni...!!!ni...boleh buat untuk raya tahun ni.terima kasih ye......cik wan kongsi resipi ni....!!!!!

    ReplyDelete
  2. salam cek wan.....
    biskut aiskrim oreo ni....boleh buat untuk raya tahun ni.....!!!!

    ReplyDelete
  3. sedapnya.....sbb resepi oreo....argghhhh!!!!ank2 buah saya suka biskut nie....

    ReplyDelete
  4. Salam cik wan..kak Ros tertipu...betul tadi ingatkan aiskrim...hihihi rupabya biskut.

    ReplyDelete
  5. Oh Wow! Cantik ye these Oreo ice-cream biscuits. Great for birthday parties & kids will surely love it! :)

    ReplyDelete
  6. CW, comey nyer. Sungguh saya tak rajin utk membuatnya. Cukuplah dapat melayan blog CW jer

    ReplyDelete
  7. Salam Cik Wan.rajin Cik Wan buat biskut....biskut ais krim oreo pasti anak2 sukakan....tambah bentuk yg comeii.akk biasa buat biskut aiskrim yg biasa nanti boleh cuba resepi Cik Wan...
    re; next entry akan ada abg2 ber 3...

    ReplyDelete
  8. good morning cik wan, these are very special and love how you shaped the cookies, so cute and really looks like ice cream!! beautiful presentation too!

    ReplyDelete
  9. enak gayanya...meriah ni kalau buat resepi utk hari taya kan..

    ReplyDelete
  10. hai CW...dh raya dlu ker..mnarik n cantik biskut tu..tentu sedap ni sbb ade oreo..QH nk amik yer resepi ni..utk kuih raya nti..hehe

    ReplyDelete
  11. CW cayang kak sha mucuk wangi.. wahhh biskut oreo dalam oreo yaa.. siap eskrem lagi.. nak seketul! kecur ni dik.. akak datang pagi buta tau ni.. pasal CW kak sha sanggup bersengkang mata takut terlepas banyak lagi N3 busy sekarang ni yanggg.. muahzzz

    ReplyDelete
  12. Hi Cik Wan, you're so so kind and sweet, I appreciate your comment!
    I love your creative oreo cookies, looks like and ice cream cone...so fun and yummy:D

    ReplyDelete
  13. Salam Cik Wan.ohh cik Wan org Besut....mmg masakan dah style Kel...boleh sekapal lah kita bab makanan..suka laksam...akk org Kelate. laksa merah mmg jrg org buat dan tak jumpa org jual, laksa kuah lemak lagi femes.

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...