Wednesday 29 August 2012

RENDANG AYAM



rendang ni CW buat semalam...teringin sangat nak makan rendang. raya haritu tak sempat nak buat.... kalau tak silap la..lansung tak jumpa rendang ayam...yang sempat rasa... rendang daging.. tu pun secubit....ambik2 bau dan rasa je.. CW memang dah lama tak makan daging..

Semalam puas hati, sekor ayam CW masak buat rendang.. =)) alang2 dah kempunan, mengidam...jadi je... yang bahayanya..bila dah kenyang2 tu terus mengantuk ..pastu..tertido sampai pagi..... =))

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - potong kecil
3 ulas bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - di kisar
2 batang serai - diketuk
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 senduk cili mesin
2 sb kerisik
1 keping nissan/gula melaka
2 kotak santan KARA (kecil) + 800 ml air - disatukan
Minyak untuk menumis
2 helai daun kunyit - potong halus
2 helai daun limau purut - dicarik2

Cara-cara
  1. tumiskan bawang besar dan bawang putih dan serai yang dikisar
  2. masukkan cili mesin
  3. masukkan ayam dan serai yang diketuk.. gaul sebati
  4. masukkan santan, nissan dan kerisik
  5. perasakan dengan garam
  6. masakkan sehingga kuah agak pekat
  7. masukkan daun kunyit dan daun limau purut
  8. hidangkan



Tuesday 28 August 2012

CHOCOLATE CUPCAKE WITH BUTTERCREAM


ni cupcake yang CW siapkan untuk hantaran majlis perkahwinan abang raya ke-3 baru ni..tengah sibuk2 tu lansung tak teringat nak snap.. yang ni pun last2 minit sebelum letak atas par baru teringat ... =)) CW share resepinya di sini ye.. Untuk buttercream CW akan update kemudian.

Sumber Resepi: Kak Ja
Bahan-bahan:

A
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair/susu segar
1 cawan gula kastor
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis

B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

C
3 biji telur
1 sk esen vanila

Cara-cara:
  1. campurkan kesemua bahan A. larutkan di atas api sederhana
  2. campurkan bahan C yang telah dipukul gebu ke dalam bahan A
  3. kemudian campurkan sedikit demi sedikit bahan B yang telah diayak
  4. kacau sebati
  5. tuangkan separuh penuh adunan tadi ke dalam cup
  6. kukus selama 15 minit
*1 adunan dapat 18 cup. (CW isi separuh cup sahaja)





Monday 27 August 2012

KEGEMBIRAAN BERGANDA


Syukur pada yang maha Esa.. semua majlis bersejarah, 2, 3, 4 dan 6 Syawal lalu berjalan lancar...

jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat2 yang banyak membantu sepanjang majlis.

2 Syawal - akad nikah abang
3 Syawal - kenduri rumah pengantin perempuan
4 Syawal - majlis sambut menantu

"Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
abangku Khalis dan kakak iparku Norafifah
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini."

"Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada mereka suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw."
~ Amin ya Yabbal Alamin ~

DAN

6 Syawal - majlis pertunangan tuan empunya blog. 

=))



Alhamdulillah.. setapak melangkah ke hadapan.. InsyaAllah majlis bersejarah akan menyusul nanti. Doakan CW ye.. =))




Dikesempatan ini juga CW ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada  kaum keluarga, sahabat handai dan  juga semua pembaca blog CW..Mohon ampun dan maaf kalau ada tersilap kata..terlanjur bicara. 

Tuesday 14 August 2012

TOK AJI SERBAN


sape tau kuih ni? angkat tangan?? =) salah satu kuih negeri pantai timur, terutamanya di Kelantan & Terengganu...manis2 sedap.

TOK AJI SERBAN

Sumber Resepi: Chef Hanieliza

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula mera/gula melaka/nissang
1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 s/t garam

Cara-cara:

Lapisan Bawah

1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas

1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

*CW buat sedikit kelainan.. yang lapisan tengah tu CW tak letak gula merah




Wednesday 8 August 2012

KEMERIAHAN BERBUKA


LOKASI: 
PADANG, PERKARANGAN MASJID NEGERI PAHANG (MASJID SULTAN AHMAD SHAH 1)
KUANTAN

selama ni CW duk tengok je kawan2 duk post gambar2 berbuka puasa kat tempat ni dalam FB. tapi ahad lepas tanpa dirancang..tertunai jugak hajat nak merasai nikmat iftar beramai-ramai macam ni..entah berapa ramai manusia yang sama2 memeriahkan..ratusan atau mungkin mencapai ribuan.kan kan.yang pastinya suasana memang tersangat meriah! =)



yang berfamily tu bawak periuk belanga bagai la....pinggan segala.hehehhe..kami yang bujang ni bawak kuih2 je. kebetulan dapat bubur lambuk percuma..murah rezeki kami hari tu....plus air pun beli kat bazar area2 situ...duduk plak cuma beralaskan surat khabar. apa pun, seronok! nikmat tunggu waktu berbuka berjemaah macam tu...
kepada yang nak merasa...boleh la pegi ye!



tapi jangan lupa lepas berbuka terus ke masjid ok!

=)

Tuesday 7 August 2012

RESEPI: MAJALAH AROMA EDISI OGOS 2012


Psttt. u olllsss..1st time CW menempel gambar kat sini... heheheh..ada sesiapa yang dah beli majalah ni?? kalau belum cepat2 beli ye.... 

Terima kasih pada Majalah Aroma terutamanya Puan Akmar Aroma. Juga terima kasih kepada Arm Qarem a.k.a tukang ambik gambar tu. (Maceh tau Arm....hehe..berapa balang ko nak biskut ni??)


4 daripada 5 resepi biskut raya tu..CW pernah kongsikan kat blog ni. boleh tengok kat bawah ni ye.






jangan lupa beli ye! 

=)







BISKUT SARANG SEMUT


Alhamdulillah..mood untuk buat cookies dah datang..CW dan mula start enjin buat biskut raya.. =) . Sememangnya hajat tahun ni..tak nak..beli biskut 'tunjuk-tunjuk'....

Lepas terawih semalam sempat siapkan 2 bekas biskut ni..1 adunan boleh dapat dalam 110 biji. 100 biji CW dah pack siap2 dalam tabung. baki 10 biji lagi?? simpan bekas kecik...kot2 terasa nak makan b4 raya.kan..hehehehe.

Semalam tengok Kmar, ex-schoolmate post gambar biskut ni kat FB dia...kebetulan CW pun duk sibuk google resepi masa tu..almost resepinya sama..cuma ratio untuk tepung tu agak berbeza. CW suka resepi/adunan yang rangup..apalagi harus call sifu aka Ummi untuk tanya itu ini....... dan dapatlah resepi ni....gabungan resepi Kmar dan Ummi. =)

Bahan-bahan:

100 gm gula kastor halus
250 gm mentega
300 gm tepung gandum - diayak
120 gm tepung jagung - diayak
50 gm tepung kastad - diayak
1 biji kuning telur
1 sk esen vanilla
sprinkles/coklat urai

Cara-cara:
  1. Pukul mentega bersama gula kastor sehingga gebu
  2. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad
  4. Uli sehingga menjadi doh
  5. Sagat/parut doh menjadi halus
  6. Sudukan ke dalam acuan
  7. Taburkan sprinkles/coklat urai
  8. Bakar pada suhu 180, 15-20 minit



biasa tengok orang buat biskut ni letak cekelat rice kan? tapi CW letak pink sprinkles je...sebab tak jumpa plak cekelat rice time tu...jumpa2 pun lepas dah siap bakar...takpe la kan...CW buat kelainan sikit.....lain dari yang lain =)


sealed! time raya baru bleh bukak.. k  =)

Monday 6 August 2012

MAJALAH AROMA EDISI OGOS 2012



Jangan lupa dapatkan majalah Aroma ni di pasaran ye =)) Ada 5 resepi biskut raya dari DapurCikwan.




NEKBAT


ni satu lagi kuih wajib bagi CW dan keluarga bila di bulan Ramadhan...kuin ni manis2 gitu...sebab dimasak bersama air gula. tang manis2 tu memang peberet..... =)

Resepinya mudah saja...beli Nekbat kering kat pasar.rupa bentuknya macam mini baulu....kemudian masak dengan air+gula dan daun pandan...sedap dinikmati bila sejuk2 kuar dari peti ais... kat belah pantai timur memang kat mana2 bazar ramadhan mesti ada kuih ni...ada yang tambah kaler kuning sikit, nak nampak lebih menarik...yang CW buat tu kaler asli.... =)

Next week kalau balik kg, kalau jadi la..nak try buat sendiri nekbat kering tu..dah usha2 resepi..... kalau jadi CW update resepinya nanti ye....



Thursday 2 August 2012

ASAM GUMPAL



Ni kuih Asam Gumpal... kuih atau pemanis mulut yang paling CW suka semasa Ramadhan. Kuih ni yang memang CW tak jemu2 makan... Ummi CW kalau bulan puasa, memang hari2 buat sebab hantar untuk jualan di bazar Ramadhan...  =)) kat Kelate dgn Ganu biasa jumpa kuih ni...kalau kat tempat lain CW kurang pasti...rasanya kat tempat lain, mesti lain namanya kan......

Bahan-bahan:

4 cawan sagu
8 cawan air panas
1 biji kelapa - diambil santannya
1 inci halia - di potong memanjang
2 ulas bawang merah - di mayang 
1 helai daun pandan
2 sk halba
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula 
air secukupnya untuk masak inti kacang
daun pisang

Cara-cara:

  1. masakkan kacang hijau bersama air & gula sehingga empuk dan pecah.
  2. kacau sehingga kering. matikan api dan biarkan sehingga sejuk 
  3. bulat2kan inti sebesar biji guli dan ketepikan
  4. rendamkan sagu bersama air panas (air yang betul2 mendidih). tunggu sehingga sejuk.
  5. kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
  6. Letakkan dalam kukusan yang di alas dengan foil atau daun pisang. Kukuskan sagu sehingga masak. 15-20 minit.
  7. untuk kuah, masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dan daun pandan sehingga mendidih.
  8. Masukkan sagu dan masakkan sebentar. 
  9. Sejukkan dan hidangkan


FETTUCCINI SOS SPAGHETTI & MOHON MAAF


Agak lama CW menyepi kan? mungkin ada yang perasan..dan mungkin ada yang tidak. Mohon maaf kepada rakan2 blog yang sentiasa singgah di sini...belum sempat CW nak balas kunjungan anda. Ada yang CW jenguk2...cuma tak meninggalkan sebarang jejak atau komen. Mohon maaf ye!!

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog CW yang beragama Islam. ;)) CW agak kurang rajin memasak bulan Ramadhan ni...kalau memasak pun tak sempat nak ambik gambar.....Insyaallah akan menyusul resepi2 lain selepas ni.

Pssssttttttt...jangan lupa dapatkan majalah AROMA edisi Ogos 2012 di pasaran sekarang ye! pertama kali CW muncul di majalah, pertama kali juga untuk rakan2 blogger menatap wajah CW...  ;)) 


berbalik pada gambar, tu menu berbuka minggu lepas, penyedian bersama housemate CW, Gnee & Shila.

Bahan-bahan:

½ paket pasta fettucchi
1 paket ayam cincang (jenama Ramly)
3 biji bawang putih - ditumbuk
1 tin sos spaghetti (jenama Kimball)
1 biji tomato - didadu
1 senduk sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 batang lobak merah - didadu
garam dan gula secukup rasa

sedikit serbuk lada hitam
air secukupnya
minyak untuk menumis dan merebus pasta.


Cara-cara:


  1. rebuskan pasta, masukkan sedikit minyak kedalam air rebusan
  2. toskan pasta setelah ia masak - alirkan dengan air.
  3. tumiskan bawang putih, sos spaghetti, sos cili dan sos tiram - kacau
  4. masukkan ayam cincang, kemudian  masukkan lobak merah, tambahkan air jika perlu.
  5. perasakan dengan garam gula.
  6. tutupkan dan hidangkan bersama serbuk lada hitam.





Wednesday 1 August 2012

JAWAPAN SOALAN KUIZ 26-30 KAK SHAHRIAH ABDULLAH


'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew' :-D



JAWAPAN 26

http://shashasuka.blogspot.com/


ShAsha SukA APa Ekk??


"Nak Tahu apa???? macam-macam Shasha suka... ada jugak yang orang tak suka, Shasha suka.. apa dia? ada.. perlahan-lahan akan di masukkan di dalam blog ni ekk... Shasha memang tak reti duduk diam walau sesaat pun ekk.. kalau duduk diam tu... mesti ada aje idea yang akan timbul... hah! lepas tu apalagi mulalah plan nak cuba... macam-macam yang dicuba ada juga yang menjadi, ada jugak yang tak menjadi... dengan memegang motto.. 'Tak cuba Tak ler Tahu' maka cuba aje apa yang terlintas dan terpandang depan mata tu ekk... sehinggakan hobi atau kegemaran Shasha bukan satu atau sepuluh... di pendekkan cerita lebih dari jari-jemari kaki dan tangan tu ekk... so.. tungguu... ada banyak lagi ekk..."


psssttttttt.....copy intro daripada tuan empunya blog....jangan marah naaaa... ;p blog yang dikenali dgn nama "hobi dan koleksiku" lebih mengisahkan tentang koleksi & hobi Kak Sha.... macam2 minat dan kegemaran Kak Sha..antaranya menyimpan koleksi mekap..aksesori rantai,bermacam jenis chopstick..suka tengok wayang, menyimpan koleksi buku masakan...


antara koleksi buku masakan Kak Sha..


Kak Sha juga seorang yang suka berpiknik, gemar menulis dan paling utama suka dan sememangnya pandai memasak! CW secara peribadi sangat kagum dengan dirimu kak..tabik springgggggg ;)) dalam blog tersebut juga.. ada Kak Sha ada kongsikan pelbagai tip dan petua, antaranya petua awet muda dan petua penjagaan kasut... petua bersikat dan bercermin... menarik bukan??



JAWAPAN 27

http://shahriahnovelis.blogspot.com/


Kau Mawarku, Cinta Najla, Setitis Kasih, Secalit Sayang, Kau Tercipta Untukku, Seribu Rindu Untukmu, Untukmu Yuna, Kerana Sebiji Epal, adalah antara karya penulisan Kak Sha bersama Buku Prima @ Grup Buku Karang Kraf. Setelah bertarung di Gelanggang MasterChef Malaysia maka terbitlah sebuah buku resipi masakan, Sajian Istimewa Shahriah Abdullah. ;))


Di blog inilah Kak Sha menceritakan serba-serbi mengenai hasil karyanya. Aktiviti2 promosi,  demo masakan dan  kemunculan di media seperti di TV, radio dan surat khabar. Untuk peminat novel, anda juga boleh mendapatkan sinopsis setiap novel yang Kak Shahriah hasilkan ;))




JAWAPAN 28


blog ni adalah antara blog Kak Sha yang paling kerap CW kunjungi...setiap resepi Kak Sha memang unik, sebab nama resepi memang lain dari yang lain..dan ada cerita disebalik resepi. mesti tak kering gusi baca setiap entry di blog ni terutamanya bila kak sha ceritakan perihal anak2... Kreatif dan kelakar ;)). ..

Antara resepi Kak Sha yang pernah CW cuba, 



yang ni plak versi CW



Kak Shahriah Abdullah yang merupakan salah seorang peserta MC musim pertama ni juga telah menghasilkan sebuah buku masakan berjudul SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH. Dalam blog ini...selain resepi2 masakan, Kak Sha ada juga menyelitkan tips2 dan panduan di dapur. Tips dan panduan sempena Ramadhan pun ada ;))

JAWAPAN 29




Blog ini plak banya berkisarkan tentang apa jua kisah Kak Sha bersama Suami@Pak Habibi..anak2 dan keluarga Kak Sha. blog ini akan membawa anda lebih mengenali siapa Shahriah Abdullah..selain daripada seorang penulis. Ada juga cerita dan kenangan Kak Sha semasa menyertai pertandingan MasterChef di Astro. Sesiapa yang berminat untuk menyertai ujibakat MasferChef akan datang..bolehlah rujuk blog ni. Ada banyak tips persediaan yang Kak Sha tulis.. ;)

JAWAPAN 30


PercuTIan BUdGet tetapi cukUp MenaRik! JimaT bElanJA JanjI PUas HatI...:):):)

Kak Sha banyak bercerita mengenai percutian bersama keluarga di pelbagai tempat..samada di Malaysia dan luar negara. Antara tempat menarik yang Kak Sha kunjungi, Indonesia, Singapura dan negeri2 di Malaysia. banyak juga mengenai tempat2 makan yang menarik semasa percutian Kak Sha.. dikongsikan di blog ini...BEST MAKAN SAKAN! ;))

gambar2 pun menarik. pemandangan indah terutamanya ketika di Kundasang... bergambar bersama keluarga....ala2 dejavu di Kinabalu gitewwwww ;)) hehhehehehee...



lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...