Monday, 14 January 2013

CHEESE TART



cheese tart ni CW buat last week. entry cheese tart sebelum ni: CHEESE TART



Resepi dari blog: KAK ITA@MASAM MANIS

Bahan-bahan:

Untuk Shell

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-cara:

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.

Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Untuk filling

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara:


Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

untuk step by step bleh rujuk blog Kak Ita di sini: 





 yang ni dah siap pack. ready untuk hantar kat kawan2. =)


5 comments:

  1. aduh cikwan dok tayang cheese tart lah pulak ni dah lah selera sdg buka lebar ni hahaha bak satu!!!

    ReplyDelete
  2. assalam CikWan...
    sedapnye cheese tu

    ReplyDelete
  3. Cantik kejadian cheese tart ni.

    ReplyDelete
  4. salam kenal cikwan :)
    sedap cheesetart, favourite sy ni

    ReplyDelete
  5. Aslmkum CikWan
    cantiknya cheese tat ni....rasanya pasti sedapkan...
    pavlova kat bawahpun nampak sedapp juga...

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...