Tuesday 17 January 2012

KUIH LAPIS






 Sumber Resepi: BaByCakes2u

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
8 cawan santan kurang pekat
1 sudu kecil garam
Pewarna ikut kegemaran

Cara penyediaan :

- Adunan perlu dikisar 2 kali untuk pengisar saiz biasa. Jadi,  bahagikan adunan kepada 2.
- Masukkan santan, garam dan gula  ke dalam pengisar (blander).
- Kisar seminit dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
- kisar lagi sehingga halus. Tapis adunan.
- Bahagikan adunan kepada 2 atau tiga warna yang disukai. (CW bahagi 3 adunan, pink, coklat dan satu warna asal)
- kukus adunan tadi mengikut warna selapis demi selapis.
- setiap lapis perlu dikukus lebih kurang 2 minit.
- siap untuk dihidang…

Tips:

1. Loyang perlu dipanaskan di dalam kukusan (steamer) terlebih dahulu selama 5 minit supaya adunan tidak melekat apabila dikeluarkan.
2. Lapisan pertama perlu lebih tebal berbanding lapisan yang seterusnya supaya selepas dipotong kuih  senang ditarik keluar untuk dihidangkan. Contohnya, jika setiap lapis guna 2 senduk, maka lapisan pertama guna 3 senduk.
3. Santan jangan terlalu pekat, kerana kuih akan menjadi keras.
4. CW potong bila dah betul-betul sejuk. baru hirisan/potongan kuih lapis tu cantik =)



1 comment:

  1. Wahhhh...saya mesti cuba resipi ni...macam mudah jer buat...^_^..bahan-bahan pun tak banyak...^_^

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...