*CW gunakan bekas biskut paket sebagai acuan.
Bahan-Bahan:
20 gm agar-agar
6 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula (terpulang pada citarasa)
1 cawan serbuk koko (bancuh dengan sedikit air)
Cara-Cara:
- Rendam agar-agar seketika. Kemudian toskan.
- Masakkan bersama air dan gula sehingga mendidih dan gula larut. Matikan api.
- Masukkan larutan serbuk koko. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul
- Tapiskan ke dalam acuan. mengikut citarasa masing-masing.
- Sejukkan
- Apabila puding telah membeku. Bolehlah dihidangkan. Enak dinikmati bersama susu cair.
No comments:
Post a Comment