Monday, 30 April 2012

AGAR AGAR TELUR BERSELASIH

 

Bahan-bahan:

10 gm serbuk agar-agar
1500 ml air
250 gm gula
2 biji telur - dipukul manja (sapa2 yang tak suka telur bleh kurangkan ye. 1 biji pun dah cukup)
1 sk esen vanila
1 sb biji selasih - direndam sehingga kembang
pewarna merah secukupnya

Cara-cara:
  1. Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula sehingga menggelegak.
  2. Masukkan pewarna merah
  3. Campurkan esen vanila ke dalam telur yang dipukul.
  4. perlahankan api dan masukkan campuran telur tersebut ke dalam larutan agar-agar tadi - sambil kacau
  5. Matikan api dan campurkan biji selasih yang telah kembang - kacau
  6. Masukkan ke dalam acuan yang disukai
  7. Sejukkan


 

 Agar-agar ni CW buat semalam. kebetulan ada kawan lama yang nak datang rumah.. tapi last2 dia tak jadi datang. so masuk mulut tuan rumah lerrr.... =D
selebihnya bagi kat jiran belakang rumah.

ok. selamat mencuba!


12 comments:

  1. Wah pagi pagi dah tayang agar agar ni. Dah terasa nyamannya tekak. CW jangan lupa add blog Azie Kitchen dalam blog list ya. Saya dah add Dapur CW pun.

    Regard
    Kak Azie
    aziejaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam cik wan..
    merahhh menawan..sedap x?..mesti sedap nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. merah glamer gituu..sedap kak =)

      Delete
  3. Merah bangatlah MakNgah... macam zaman dulu... kaler dia mcm cikwan guna dragon fruit pulak... i likeeeee merah u...

    ReplyDelete
  4. asslam cikwan,
    tengok agar2 ni teringat masa akak kecik2 dulu mak akak suka buat agar2 macam ni..sekarang jarang dapat makan..kalau nak kenalah buat sendiri kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm..ingat kak..dulu kalau mak buat agar2 sirap..suke sangat la.. =)sekarang dan bleh buat sendiri..

      Delete
  5. CW, ada emel tak? Akak nak make enquiry..

    ReplyDelete
  6. salam cayang adikku Cw... akak datang lewat ni sure dah selesai dah kan kan.. tak pe.. dapat yang tiga potong tu pun dah kira oke hehehe

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...