Friday, 20 April 2012

SIAKAP STIM @ SIAKAP KUKUS

Sumber Resepi: Kak DjDayang Jack

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) - optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) - optional
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris)
Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang. 
  • Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
  • Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit. 
  • Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
  • Setelah masak, taburkan hirisan daun sup. 
  • Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

10 comments:

  1. salam cik wan... dah lah kat kg akak ni panas... nampak siakap steam peh! peh<<< tu laa komennya hehehhee

    ReplyDelete
  2. salam cikwan masih ade ke ikan kukus tu nak minta cikit lapo ni hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nor, yang ni ayahanda yang mengidam. licin! heheh

      Delete
  3. Great post, this looks so delicious!

    ReplyDelete
  4. sedapnya ikan tu! kalo la dpt diratah..nikmatnya!

    ReplyDelete
  5. salam k.wan,
    pasti segar mengadap ikan yg sedap ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm...masam2 gitu..tu yang jadi segar tu =)

      Delete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...