Monday, 2 April 2012

CHESSY BAKED MACARONI


Resepi ni versi campak2..hasil dari mood memasak yang datang tiba2.. bukak peti ais, tengok apa yang ada. dan hasilnya.. yummy! dear housemate, shiela.. thanks! =)


Bahan-bahan & Cara-cara:

Makaroni
300 gram pasta makaroni
2 sudu makan minyak
air secukupnya

Cara:
1. rebus makaroni kedalam air yang mendidih. 
2. tambahkan minyak, rebus hingga empuk
3. bila dah empuk, toskan dan alirkan dengan air 

Tumisan
1/2 batang lobak merah - disagat
5 ulas bawang putih - dicincang
1 keping isi ayam - dicincang
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan minyak
gula dan garam secukup rasa

Cara:
1. tumiskan bawang putih
2. masukkan isi ayam, lobak merah dan rempah.
3. perasakan dengan garam dan gula
4. goreng hingga masak

Sos
250 ml whipping cream/fresh milk
2 keping slice cheese
2 suku makan tepung gandum
2 biji telur - dipukul manja
1 ikat daun sup - dihiris halus
1 biji cili besar - dihiris halus

Cara:
1. campurkan whipping cream, slice cheese, telur dan gandum
2. panaskan di atas api perlahan - sambil kacau.
3. bila dah masak/betul-betul pekat, bolehlah matikan api
3. masukkan daun sup dan cili besar.
4. kacau sebati

untuk bakar: 
campurkan kesemua bahan, makaroni, tumisan dan sos ke dalam mangkuk dan kacau sebati. kemudian masukkan kedalam acuan pembakar/casserol yang dah disapukan dengan sedikit mentega. bakar pada suhu 175 C selama 30-35 minit. Makan panas-panas bersama sos =)



4 comments:

  1. Menu omputih nampaknya.. Sekali-sekala tukar selera kan, apa salahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul2..dan hasilnya..tuan tanah yang bam2

      Delete
  2. wahh sedapnya cheese lg...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheese..stok baru.. masuk peti ais =))

      Delete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...