Thursday 19 January 2012

SINGGANG IKAN


Bahan-bahan:

1/2 ekor ikan aya/tongkol sederhana besar
sedikit kunyit hidup - dimayang
sedikit lengkuas - dimayang
4 biji bawang putih - dimayang
3 biji bawang merah - dimayang
2 keping asam gelugor
4 tangkai cili padi
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Rebuskan semua bahan sekaligus sehingga ikan masak.Hidangkan.









KEK LAPIS CHEESE PERSONA

 

creamy & yummy =)


 


 Sumber Resepi: Ryo Azhar




Tuesday 17 January 2012

KUIH LAPIS






 Sumber Resepi: BaByCakes2u

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
8 cawan santan kurang pekat
1 sudu kecil garam
Pewarna ikut kegemaran

Cara penyediaan :

- Adunan perlu dikisar 2 kali untuk pengisar saiz biasa. Jadi,  bahagikan adunan kepada 2.
- Masukkan santan, garam dan gula  ke dalam pengisar (blander).
- Kisar seminit dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
- kisar lagi sehingga halus. Tapis adunan.
- Bahagikan adunan kepada 2 atau tiga warna yang disukai. (CW bahagi 3 adunan, pink, coklat dan satu warna asal)
- kukus adunan tadi mengikut warna selapis demi selapis.
- setiap lapis perlu dikukus lebih kurang 2 minit.
- siap untuk dihidang…

Tips:

1. Loyang perlu dipanaskan di dalam kukusan (steamer) terlebih dahulu selama 5 minit supaya adunan tidak melekat apabila dikeluarkan.
2. Lapisan pertama perlu lebih tebal berbanding lapisan yang seterusnya supaya selepas dipotong kuih  senang ditarik keluar untuk dihidangkan. Contohnya, jika setiap lapis guna 2 senduk, maka lapisan pertama guna 3 senduk.
3. Santan jangan terlalu pekat, kerana kuih akan menjadi keras.
4. CW potong bila dah betul-betul sejuk. baru hirisan/potongan kuih lapis tu cantik =)



Monday 16 January 2012

CAKOI

 * cakoi sebenarnya panjang-panjang. tapi yang ni CW buat versi untuk menggalakkan anak2 buah makan. so kena buat shape yang menarik. baru diorang makan dan habiskan. =)

Sumber Resepi: Kak Ros Jintan Manis

Bahan-bahan:

400gm tpg gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur ( ros campur sekali putih telur tu)
2 sudu teh yis kering (mauripan)
1/2 sudu teh soda bikerbonat
minyak utk goreng

Cara-cara:
  1. Campur semua sekali kecuali tepung. kacau sebati.
  2. Pastu masukkan tepung sket2 dan uli lagi. kalu agak2 macam lembik sangat sampai susah nak uli,tambah tepung sket lagi hehe...biasa la edit2 nih... 
  3. Kalu ikut cara betul kena uli sampai tak melekat.tapi akak dah tak larat..tinggalkan je...agak2 lebih dari setengah jam bleh le uli lagi..tabur sket tepung untuk mudahkan.
  4. Canai agak2 4-5cm memanjang..potong memendek anggaran 1-1.5 inci. nak cantumkan dua cakoi tu,basahkan lidi n gores kat tengah2 cakoi pertama.just nak bagi dia melekat je.pastu amik 1 lagi dan letak atasnya. (CW hanya canai dan tekap dgn penekap bentuk bintang / cookie cutter)
  5. bila minyak dah panas,baru angkat cakoi tadi n tarik sket sebelum buh dalam minyak..sebab tu dia nampak panjang. saiz asal setengah je dari tu hehe.
 (Tambahan: CW biarkan doh lebih kurang 2 jam (bertutup) sebelum mencanai)


selepas dibiarkan 2 jam

KUIH KETAYAP @ KUIH GULUNG


Bahan-bahan:

Bahan Kulit
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda

Cara-cara: 
  1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. 
  2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
  4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
  5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
  6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
  8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
  9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.


PAJERI NENAS UMMI


Bahan-bahan:

1 buji nenas sederhana besar (dikupas dan dipotong dadu)
3/4 cawan gula (terpulang kepada selera masing-masing)
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit.
minyak untuk menumis
garam secukupnya

Untuk menumis:
1 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara-cara:
  1. Tumis bahan-bahan menumis sehingga wangi.
  2. Masukkan air, gula dan garam serta serbuk kunyit.
  3. Masukkan nenas setelah air mendidih.
  4. Kacau dan biarkan sehingga masak.
  5. Hidangkan.

KUIH CIRENG

*sejenis kuih indonesia (resepi bibik)
 
Bahan-bahan

2 cawan tepung ubi
1 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit garam 
gula secukupnya
air panas secukupnya untuk menguli (guna air yang mendidih)
kacang hijau

Cara-cara

1) rendam kacang hijau (lebih kurang 7 jam atau sehingga kembang) -  keringkan/toskan
2) campur kesemua bahan lain dan uli menggunakan air panas.
3) bentukkan 1 demi satu sebesar 2 jari (bulat2kan)
4) tampalkan diatas kacang hijau yang ditaburkan di atas pinggan (leperkan)
5) goreng

Sunday 15 January 2012

KETAM MASAK LEMAK CILI API

 
Bahan-bahan:
1 kg ketam (CW potong 2, bersih dan toskan)
7-8 ulas bawang merah / 1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
15 tangkai cili padi (dikisar)

1 kotak santan segera
3 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit
Sedikit kunyit hidup (dikisar)
Sedikit lengkuas (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara:
  1. Tumis semua bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
  2. Masukkan serai dan daun kunyit
  3. Kemudian, masukkan santan dan air, mengikut kepekatan yang diinginkan
  4. Kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan ketam.
  6. Perasakan dengan garam dan gula
  7. Tunggu sehingga ketam masak. Hidangkan.





FRUIT JELLY


Sumber Resepi: Kak Nor SecubitGaram


PUDING COKLAT

 
*CW gunakan bekas biskut paket sebagai acuan.

Bahan-Bahan:
20 gm agar-agar
6 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula (terpulang pada citarasa)
1 cawan serbuk koko (bancuh dengan sedikit air)

Cara-Cara:
  1. Rendam agar-agar seketika. Kemudian toskan.
  2. Masakkan bersama air dan gula sehingga mendidih dan gula larut. Matikan api.
  3. Masukkan larutan serbuk koko. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul
  4. Tapiskan ke dalam acuan. mengikut citarasa masing-masing.
  5. Sejukkan
  6. Apabila puding telah membeku. Bolehlah dihidangkan. Enak dinikmati bersama susu cair.

AYAM MASAK MERAH

 
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih
1 1/2 senduk cili kering yang di kisar
1 tangkai cili besar (dipotong serong)
1/2 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 biji tomato (dipotong 6)
1 batang serai (dititik)
sedikit halia
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
sedikit air

Cara-cara:
  1. Bersihkan ayam dan toskan
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada kering yang kisar.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  5. Masukkan serai. Kemudian tambahkan sedikit air mengikut keperluan.
  6. Masukkan ayam, kacau sebati dan tunggu sehingga masak. 
  7. Sebelum matikan api masukkan bawang besar yang dipotong bulat, bersama hirisan tomato. Kacau sehingga bawang masak/layu.
  8. Hidangkan.

DRAGON FRUIT SMOOTHIE


Bahan-bahan:

1 biji buah naga
3 sudu besar yogurt
3 sudu besar aiskrim vanila
2 sudu besar gula
1 cawan air masak
1/2 cawan kiub ais
sedikit choc chip untuk hiasan

Cara-cara:
  1. Potong buah naga dan sejukkan di dalam peti ais (lebih kurang 2-3 jam)
  2. Selepas 2-3 jam keluarkan buah naga dan campurkan kesemua bahan dan blender.
  3. Hiaskan dengan choc chip. 
  4. Sedia untuk dinikmati.

TOM YAM


Sumber Resepi: Thai Food Recipe

AYAM GORENG KUNYIT

 

Bahan-bahan;

2 keping dada ayam
10 urat kacang buncis
1 labu bawang besar (dipotong memanjang)
1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
3 ulas bawang putih di mayang
2 biji lada merah besar
2 biji lada hijau besar
1 sudu besar debu kunyit
garam dan gula secukupnya
sedikit sos tiram
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Perap dada ayam yang dipotong dadu bersama debu kunyit dan garam lebih kurang 10 minit.
  2. Goreng dada ayam dengan minyak yang betul2 panas sehingga garing.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Ambik sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi, tumiskan bawang putih. 
  5. Kemudiankan masukkan kesemua bahan-bahan lain.
  6. Masukkan ayam yang telah di goreng.
  7. Kacau mesra. Hidangkan.

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...