Tuesday, 22 May 2012

APAM COMEL

 
  
apam comel @ apam polkadot. tempahan daripada seorang kawan. apam ni lembut.. tapi tak puas hati tang surface dia tu, sapa tau macam mana nak bagi smooth ye??yang CW buat ni ada lubang2 halus..tengok jauh tak perasan. nampak comel je.. tapi bila tengok dekat nampak sangat2..

tang warna pun tak puas hati, masa adunkan warna tu elok je terangnya...tapi bila dah lepas kukus... pudar je..pucat ala2 tak bermaya gitewwww...


apam comel yang pernah cikwan cuba...boleh tengok kat sini dan kat sini jugak.



Bahan-bahan:

2 cawan gandum - ayak
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
3 biji telur (gred C)
3 sudu teh baking powder - ayak bersama tepung
2 sudu teh ovalette
sedikit esen vanilla
filling strawberry atau ape saja perisa yang disukai
pewarna mengikut kesukaan
mangkuk kertas secukupnya.

Cara-cara: 
  1. pukul telur bersama gula dengan kelajuan sederhana
  2. maximumkan kelajuan apabila gula dan telur sebati - pukul sehingga kembang
  3. masukkan ovallet dan esen vanilla
  4. masukkan susu cair - pukul perlahan
  5. masukkan tepung dan baking powder - gaul sebati
  6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (CW bahagi kepada 3, pink hijau dan warna asal adunan)
  7. kemudian titiskan pewarna.
  8. masukkan adunan pink dalam piping beg dan paip kan ke dalam mangkuk kertas (separuh penuh)
  9. paipkan filling strawberry secukupnya.
  10. kemudian paipkan adunan pink tadi sehingga mangkuk kertas hampir penuh.
  11. paipkan dot hijau ke atasnya.
  12. kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit.

14 comments:

  1. CW..sgt comeiii apam polkat dot tu...kalerful...tp QH ade masalah kalau buat apam tu...xpenah nk jadi...huhu..jd fobia bile nk cuba..hihi

    ReplyDelete
  2. secomei namanya,kata orang gula yg membuatkannya berlubang heheheh akak tak pernah buat apam dot dot so kurang ngerti

    ReplyDelete
  3. kira o.k la ni wan..apamnya menjadik..saya ni lagi la tak pernah buat langsung..hahhaha..takut tak jadik...tak tau la bila berani nak cuba..hehehhe

    ReplyDelete
  4. Still cute apams to my eyes...nampak soft sangat..sukaaa! ;)

    ReplyDelete
  5. They look so cute & colorful, gorgeous cakes!

    ReplyDelete
  6. CW, selalunya yg Akak buat camni.. Akak dump in all ingredients in mixer, pas tu turn mixer on slow speed.. then, slowly turn to high speed sampai batter tu jadi double in qty..

    Steamer mesti mengelegak betul2.. api sederhana.. tutup kukus cover dgn kain.. kukus max 10-12 min aje.. CUBA TRY TEST TENGOK, ada improvement tak.. COS akak punya ok aje..

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan juga Cik Wan. TQ datang ke blog saya. :) Banyak resepi cik Wan yang saya bole share nanti ye.

    ReplyDelete
  8. Hi CW, wah.. apam dot dot manyak comel molek. I belum cuba lagi wat jenis dot dot. Nanti ada masa nak cuba tengok jadi tak.

    Have a nice day.

    ReplyDelete
  9. salam cw...baru2 ni akak pun ada buat apam dot dot ni,masa awalnya elok je kejadiannye..licin je,tapi pada saat2 akhir adunan dah jadi banyak buih,ada gelembung angin agaknya...bila akak kukus terus jadi lobang2 permukaannya.Akak rasa mungkin itu sebabnya.

    ReplyDelete
  10. CW comey mucuk wangi muahhzzz wahh rajinnya mengedot segala tu... hentah pada akak cantik aje hehee.. sebab suka makan membikinnya yang malas... cantiklah tu... okay tu.... *cakap orang jeles sebab tak dapat menjamah*

    ReplyDelete
  11. You are so creative making all these polka dot designs on these apams. They looks very nice :D

    ReplyDelete
  12. mamam kaler fancy2 laa.. mcm dok kt taman smurf, hikk...

    ReplyDelete
  13. Salam...comel2 nya... Sayang nak makan kalau comel2 ni.

    Haritu buatlah, tapi sebab tepung dah habis guna tepung roti... Sekalai dia macam dataran bulan lah... Menggerutu jer alahai..... Sdehnya... Tapi mujur rasa tak berubah.. Nak tayang malu pulak..

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...