Sunday 27 May 2012

APAM PANDAN


Salam & salam sejahtera kepada semua pengunjung blog CW. mohon maaf kerana belum sempat untuk berbalas kunjungan..ada yang CW dah lawat, tapi tak sempat  nak tinggalkan komen... Sibuk sangat2 jumaat sabtu lepas. hihihi..biasala kalau balik kampung..mana sempat nak mengadap lappy 24jam.. hari jumaat tu keluar shopping dengan kakak dan abang kat Kota Bharu. keluar jam 8 pagi..sampai rumah 10 malam. KB Mall, Tesco, Bazar Tok Guru, Pasar Siti Khadijah..Parkson..Bazar Buluh Kubu.Pasar Wakaf Bharu...semua kami redah... :)) 

Letih nak berceloteh banyak2...cubala resepi apam mudah ni ye. Resepi spontan daripada Ummi CW ni...

Bahan-bahan:

2 cawan gandum
1 cawan gula kastor
3 biji telur
3 sk baking powder
1 sk ovalet
2 sb susu cair
3/4 cawan air + 4 helai daun pandan
sedikit esen pandan (kalau tak suka tak payah letak ye..bau dia kuat sangat)
secubitgaram
pewarna hijau 

Cara-cara;
  1. Panaskan air di dalam kukusan. balut tudung kukusan dengan kain.
  2. campur kesemua bahan kecuali pewarna hijau dan pukul sehingga sebati dan gebu
  3. bahagikan kepada 2 bahagian. 
  4. warnakan 1 bahagian dengan pewarna hijau.
  5. masukkan ke dalam acuan secara berselang seli sehingga habis.
  6. kukus selama 30-35 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. 

14 comments:

  1. Assalam CW..
    Sedap nampak apam tu, resepi pun nampak senang. Mintak izin ambik resepi...TQ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, heheh..maceh.. sila2..selamat mencuba ;))

      Delete
  2. salam cikwan,cantiknya apam tu tak makan dengan kelapa lah pulak dah jadi macam kek kan mesti kena cuba tu resepi orang lama mesti sedap hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikwan makan saje je kak noor..suke sebab wangi bau pandan.. ;))

      Delete
  3. air tangan ibu...simple pun sedap...huhu x sabar nak balik kg!!!

    ReplyDelete
  4. Cantik kombinasi hijau apple dengan putih.

    ReplyDelete
  5. salam CW..
    cantiknyer apam pandan tu.. warna pastelnya tu akak suka... lama betul tak buat sebarang jenis apam.. kalau dpt sepiring best jugak ni buat minum petang.. hehe..

    ReplyDelete
  6. ehh lupa nak tanya.. dah google pasal sos hoisin tu? sos hoisin tu mudah je nak cari kat pasaraya pasti ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dah kak..jenama life..tapi kena beli dan rasa pasni ;))

      Delete
  7. As'salam CW

    apam resipi dari ibunda ya, sangat menarik kalau dilihat resipi orang lama2 ni amat mudahkan. cuma sekarang aje dah diperbagaikan dan diletak beranika warna pula, itu yang nampak lagi menarik kan :)

    ReplyDelete
  8. Hello CW! :)

    Wah cunlah warna apam pandan ni...memang menyelerakan! :)

    ReplyDelete
  9. Aslmkm CikWan. Sedap ni kudap petang2.

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...