Thursday 17 May 2012

CHILLED MANGO ROSE CHEESE CAKE



Terima kasih kepada semua pengunjung blog CW =)

Kali ni CW nak share hasil daripada keterujaan CW untuk menyiapkan sebiji cheese cake seperti dalam gambar di atas. CW namakan cheese cake ni dengan nama Chilled Mango Rose Cheese Cake sebab nak sesuaikan dengan rupa kek tu.. Tak banyak beza dengan cheese cake yang pernah CW buat sebelum ni. boleh tengok kat sini, sini dan juga kat sini.

Sedikit berbeza pada top layer atau rose layer, yang mana CW susun kepingan mangga segar menjadi kuntuman ala2 rose gituuuu.... =)

Resepi macam biasa, CW masih setia menggunakan resepi daripada Kak Hana..RARE MANGO CHEESE CAKE. terima kasih Kak Hana! =) CW panjangkan resepi Kak Hana kat sini plak ye..

RESEPI RARE MANGO CHEESE CAKE
sumber resepi : hanamemories@blogspot.com 

Bahan-bahan:

Untuk Base
100g biskut merie or etc - hana gune ritz (kali ni CW guna biskut Marrie jenama Munchy..hasilnya sangat crunchy)
50g butter - cairkan (CW guna 80g)
Untuk Cheesecake
250g cream cheese
200g whipping cream
150g yogurt plain - tapiskan dgn kitchen towel buang air yogurt (CW just guna 1 cawan yougurt perisa mango beli kat kedai yang harga singgit lebih tu.. 1 tu biasanya seberat 135 g)
90g gula - leh add ( hana buh setengah cawan sukatan metrik 200ml)
15g gelatin + 60ml air panas
sedikit potongan mangga (CW guna 2 biji mango- potong dadu kecil2)
CW tambahkan 1 sk esen mango untuk tambahkan bau harum.

Untuk Topping
1 tin buah mangga -ambil sedikit utk hiasan.baki blend jadikan puree - CW skip
50ml air panas@syrup mangga panaskan + 1sm gelatin - optional (jika tak nak, curahkan puree mangga shj) - CW skip
1sb madu @ syrup gula - optional jika nak tambah manis - CW skip
sedikit potongan mangga - CW gunakan 4 biji mango saiz sederhana
daun pudina utk hiasan - CW skip
1 kotak serbuk mango jelly jenama nona - larutkan. ikut arahan pada kotak

Cara-cara:
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk - (CW blend bersama mentega cair). Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. (CW tambahkan esen mango).  Pukul lagi hingga sebati. ketepikan.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan (jgn biarkan sejuk yer nanti gelatin beku). KAEDAH LAIN : guna kaedah double boiler sehingga gelatin larut ATAU microvawekan 1min ATAU panaskan atas api dengan api kecil sehingga gelatin larut - hana guna microvawe
  • Masukkan gelatin ke dalam adunan cream cheese dan pukul lagi hingga sebati.
  • Gunakan spatula, masukkan buah mangga yang dipotong kecil.Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Untuk topping - Larutkan gelatin dengan kaedah yang di sebutkan di atas. Campurkan ke dalam mangga puree.Masukkan madu/syrup gula jika nak tambah manis. Kacau sebati dan tuang atas ciskek yang telah sejuk tadi. Taburkan pula dengan potongan mangga dan hiaskan dengan daun pudina jika suka. Jika tak nak buh gelatin, curahkan sajer puree mangga tadi.
  • Untuk siapkan rose layer CW gunakan 4 biji mangga, yang dihiris kurang lebih 3mm setiap 1 slice. agak2 je la ye...lagi nipis lagi cantik sebenarnya..tapi disebabkan mangga tu dah agak2 nak masak ranum, isinya pun dah lembut gebu2 gituuu..so tak bleh nak potong nipis sangat coz tak bleh nak stand sebab tak stabil. susun hirisan mango tu bermula dari tengah. lepas siap susun curahkan jelly.
  • Sejukkan lagi. potong dan hidangkan

hasilnya, 4 jam chilled. selepas buat top layer.

heaven in mouth! =)

Selamat mencuba!

25 comments:

  1. sedap kan.. i love this mcc:)

    ReplyDelete
  2. rajinnya cikwan,kalau akak nak makan je rajin sedap ni makan sejuk2..

    ReplyDelete
  3. wah cantiknya...betul2 kagum tgk hasilnye tu...

    ReplyDelete
  4. Sempat aje CW ya... kelassss mango cheese cake tu... semakin maju adik ku ini..

    ReplyDelete
  5. marvelous! sangat menarik & tertarik gitew...:) untung la sapa jadi jiran CW kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maceh kak =) pandai akak..dah bagi kat jiran semalam..

      Delete
  6. Wah cantik sgt2 cheesecake CW ni.. 2 thumbs up!:D

    ReplyDelete
  7. musti sedap...cantik lak tu :)

    ReplyDelete
  8. HadoiiiiiiiiIIIIIII cantiknyaaAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaa dikkkkk!!!! terjojol bijik mata hakak melihatnya...

    Kalau belum kahwin kan hantaran nak kena bubuh tinggi2 ni.. kejadian yang amat CANTIK!!! pujian ikhlas ni.. wahhHHHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... gulp! opss mujur tak masuk langau hheeeheh

    ReplyDelete
  9. sedapnya...nampak pun dah tahu...

    ReplyDelete
  10. sedapnya.. nie yg jeles nie.. hehe.. xsabar nak nunggy buang mangga kuar kat mesir nie.. hahaha..

    ReplyDelete
  11. Cantiknya ros, tengok pun dah sedap....

    ReplyDelete

lebih menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...